Dua pensyarah UiTM cedera dalam insiden pokok tumbang

Sebuah kenderaan dihempap pokok tumbang di Persiaran Tun Arshad Ayub, Seksyen 7, Shah Alam pada Isnin.
Sebuah kenderaan dihempap pokok tumbang di Persiaran Tun Arshad Ayub, Seksyen 7, Shah Alam pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM – Dua wanita yang terselamat selepas kenderaan dinaiki mereka dihempap pokok tumbang di Seksyen 7 di sini dikenal pasti sebagai pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Menurut sumber, mangsa ialah Dr Nur Shahidah Ab Aziz, 39, dan Dr Shareena Fairuz Abdul Manaf, 42, merupakan pensyarah Fakulti Kejuruteraan Kimia, UiTM Shah Alam.

“Berdasarkan maklumat, kedua-dua pensyarah berada dalam keadaan sedar walaupun mengalami kecederaan dan kini sedang menerima rawatan serta pemerhatian doktor di Zon Kritikal, Hospital Shah Alam,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan dua wanita cedera apabila kenderaan pelbagai guna jenis Mitsubishi Xpander dinaiki mereka dihempap pokok tumbang berhampiran sebuah pangsapuri.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar memaklumkan Nur Shahidah mengalami luka di di bahagian kepala dan muka manakala Shareena cedera di bahagian pinggang.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Dua wanita terselamat selepas kenderaan dinaiki dihempap pokok tumbang di Seksyen 7 Shah Alam adalah pensyarah UiTM
  • Mangsa adalah Dr Nur Shahidah Ab Aziz dan Dr Shareena Fairuz Abdul Manaf, pensyarah Fakulti Kejuruteraan Kimia UiTM
  • Kedua-dua pensyarah berada dalam keadaan sedar dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Shah Alam
  • Kenderaan pelbagai guna jenis Mitsubishi Xpander yang mereka naiki dihempap pokok berhampiran sebuah pangsapuri
  • Nur Shahidah mengalami luka di kepala dan muka, Shareena cedera di pinggang

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!