Lebih 100 terbunuh dalam letupan berhampiran kubur komander Iran

Beberapa buah kenderaan rosak akibat insiden letupan di bandar Kerman, Iran pada Rabu. Foto Agensi
Beberapa buah kenderaan rosak akibat insiden letupan di bandar Kerman, Iran pada Rabu. Foto Agensi
A
A
A

TEHRAN - Sekurang-kurangnya 103 orang meninggal dunia, manakala 188 lagi cedera dalam kejadian letupan berhampiran kubur komander tentera yang dibunuh, Qasem Soleimani di bandar Kerman, Iran pada Rabu.

Menurut televisyen kerajaan, satu daripada dua letupan berlaku disebabkan oleh bom, berlaku pada hari ulang tahun keempat kematian Qasem dalam serangan udara Amerika Syarikat (AS).

"Letupan pertama berlaku dalam jarak 2,300 kaki (700 meter) dari kubur Soleimani, manakala yang kedua berlaku 0.6 batu (1 kilometer) dari kawasan itu semasa pengunjung melawat tapak kubur itu,” lapor agensi berita IRNA.

Qasem terbunuh dalam serangan udara AS yang diarahkan oleh bekas Presiden AS, Donald Trump di Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad empat tahun lalu.

Sebuah lagi stesen televisyen tempatan, IRINN pula melaporkan, letupan pertama berhampiran kubur Qasem disebabkan oleh bom yang diletakkan di dalam beg pakaian dalam kereta Peugeot 405 dan kelihatan diletupkan dari jauh.

Menteri Dalam Negeri Iran, Ahmad Vahidi berkata, letupan pertama berlaku pada jam 3 petang (waktu tempatan) dalam wawancara dengan saluran berita IRIB.

Menurut Ahmad, letupan kedua pula berlaku 20 minit kemudian, apabila pengunjung datang membantu mangsa yang cedera.

Artikel Berkaitan:

Sehingga kini, tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab atas letupan itu yang disifatkan pegawai kerajaan Iran sebagai serangan pengganas. - Agensi