Kontraktor maut motosikal berkuasa tinggi ditunggang rempuh pacuan empat roda

Keadaan motosikal berkuasa tinggi ditunggang Muhamad Anuar (gambar kecil) selepas terlibat kemalangan dengan sebuah pacuan empat roda pada Rabu.
Keadaan motosikal berkuasa tinggi ditunggang Muhamad Anuar (gambar kecil) selepas terlibat kemalangan dengan sebuah pacuan empat roda pada Rabu.
A
A
A

KUALA NERUS – Seorang kontraktor maut apabila motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Wakaf Tembesu di sini pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.50 pagi itu, mangsa, Muhammad Anuar Hashim, 34, yang menunggang motosikal jenis Ducati Monster 795 disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, siasatan awal mendapati nahas melibatkan motosikal mangsa dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Navara.

"Ketika kejadian, mangsa yang beralamat di Kuala Terengganu sedang dalam perjalanan dari rumahnya di Setiu menghala ke sebuah kedai plastik di Wakaf Tembesu.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila Nissan Navara yang dipandu seorang wanita berusia 51 tahun secara tiba-tiba keluar dari simpang di sebelah kiri laluan mangsa.

Kenderaan pacuan empat roda yang terlibat kemalangan dengan sebuah motosikal berkuasa tinggi di Jalan Wakaf Tembesu, Kuala Nerus pada Rabu.
Kenderaan pacuan empat roda yang terlibat kemalangan dengan sebuah motosikal berkuasa tinggi di Jalan Wakaf Tembesu, Kuala Nerus pada Rabu.

"Disebabkan jarak yang terlalu dekat, mangsa tidak sempat mengelak lalu merempuh bahagian sisi kanan kenderaan tersebut," katanya ketika dihubungi di sini pada Rabu.

Menurut Azli, impak rempuhan itu menyebabkan motosikal Ducati berkenaan remuk di bahagian hadapan, manakala Nissan Navara tersebut mengalami kemek pada pintu pemandu dan penumpang sebelah kanan.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun katanya, pemandu wanita dan seorang penumpang berusia 21 tahun yang berada di dalam Nissan Navara berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA) untuk tindakan lanjut, manakala punca kematian (COD) masih dalam proses kemas kini.

"Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Ringkasan AI

  • Seorang kontraktor maut dalam kemalangan motosikal berkuasa tinggi dengan kenderaan pacuan empat roda di Jalan Wakaf Tembesu, Kuala Nerus
  • Mangsa, Muhammad Anuar Hashim, meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan parah
  • Kemalangan melibatkan motosikal Ducati Monster 795 dan Nissan Navara
  • Kemalangan berlaku apabila Nissan Navara keluar tiba-tiba dari simpang menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!