15 cedera dalam letupan kelab malam di Lima

Sekurang-kurangnya 15 orang, termasuk dua kanak-kanak, cedera dalam satu letupan di sebuah kelab malam di Lima ibu negara Peru.
Sekurang-kurangnya 15 orang, termasuk dua kanak-kanak, cedera dalam satu letupan di sebuah kelab malam di Lima ibu negara Peru.
A
A
A

MOSCOW - Sekurang-kurangnya 15 orang, termasuk dua kanak-kanak, cedera dalam satu letupan di sebuah kelab malam di Lima ibu negara Peru, lapor Sputnik memetik media Peru pada Sabtu.

Kejadian yang berlaku di daerah San Juan de Lurigancho itu dipercayai berpunca daripada peranti letupan, lapor radio RPP.

Mereka yang cedera dibawa ke hospital untuk rawatan.

Serangan itu mungkin menyasarkan kumpulan muzik yang dijadual membuat persembahan di kelab malam itu, kata polis. - Bernama

Artikel Berkaitan: