Lelaki bantu pasangan pengantin kemalangan meninggal dunia

Keadaan Perodua Bezza dan Nissan Almera yang terbabit dalam kemalangan di kilometer 53 Jalan Klang- Teluk Intan pada Ahad.
Keadaan Perodua Bezza dan Nissan Almera yang terbabit dalam kemalangan di kilometer 53 Jalan Klang- Teluk Intan pada Ahad.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Seorang lelaki yang membantu pengantin baharu dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di kilometer 53 Jalan Klang- Teluk Intan disahkan meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Ramli Kasa berkata, mangsa yang berusia lingkungan 30-an beralamat di Puncak Alam menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 3.22 petang.

Menurutnya, kejadian berlaku apabila mangsa yang memandu dari arah Teluk Intan menghala Klang tiba di tempat kejadian menyaksikan sebuah kereta Perodua Bezza dinaiki suami isteri dalam keadaan terbalik.

"Ketika kejadian, lelaki terbabit cuba membantu pasangan terlibat keluar daripada kenderaan, namun tiba-tiba sebuah kereta jenis Nissan Almera melanggar mangsa menyebabkannya tercampak di atas jalan.

"Mangsa mengalami kecederaan parah dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut dan disahkan meninggal dunia pada Selasa," kata beliau.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan, seorang lelaki yang maut dalam kejadian membabitkan tiga kenderaan di Batu 3, Jalan Bernam dari arah Kuala Selangor menghala Tanjong Karang baharu sahaja melangsungkan perkahwinan pada Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam Ahad, Mangsa, Norsyam Nassullah Rahim, 23, meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala isterinya, Aini Hayati Mohd Radzi, 22, mengalami kecederaan di dagu dan patah kaki kiri.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 10.05 malam.

Artikel Berkaitan:

Beliau memberitahu, kemalangan itu melibatkan tiga kereta iaitu Perodua Bezza, Honda City dan Nissan Almera.

Selain itu, seorang lelaki iaitu orang awam yang membantu mangsa kemalangan turut cedera parah.

@sinarharianonline Replying to @puanhaliza_8 Seorang lelaki yang membantu pengantin baharu dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di kilometer 53 Jalan Klang- Teluk Intan disahkan meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh pada Selasa. Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Ramli Kasa berkata, mangsa yang berusia lingkungan 30-an beralamat di Puncak Alam menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 3.22 petang. #SinarHarian#SinarTerkini#Kemalangan#Pengantin#fyp Laailaahaillallah (Cover) - BEBIRAIRA CHANNEL