Sejahat-jahat manusia apabila bersikap talam dua muka

ELAKKAN diri daripada bersikap talam dua muka.
ELAKKAN diri daripada bersikap talam dua muka.
A
A
A

MELIHAT sikap talam muka orang lain sudah cukup membuatkan hati kita panas dan 'berbulu'. Inikan pula apabila kita mempunyai rakan bersifat sedemikian.

Ya, memang menjengkelkan, tetapi siapalah kita untuk membenci mereka. Kita sama-sama manusia biasa.

Biarlah mereka, jangan pula kita buat kerja Tuhan untuk melabel dan menghukum kelompok itu. Setidak-tidaknya, berusahalah untuk menasihatkan golongan berkenaan. Siapa tahu, mereka boleh jadi insan yang lebih baik daripada kita.

Sikap sebegitu bukan sahaja tidak disukai oleh manusia, tetapi ada disebutkan di dalam al-Quran.

Mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjelaskan, sikap itu mengingatkannya kepada perangai golongan munafiqin yang dinyatakan dalam al-Quran.

DR ZULKIFLI
DR ZULKIFLI

Ia sebagaimana firman ALLAH SWT: “Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: "Kami telah beriman", dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula: "Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman).” ALLAH (membalas) memperolok-olok, dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu). Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah.” (Surah al-Baqarah, ayat 14-16)

Artikel Berkaitan:

Ujar Zulkifli, talam dua muka bermaksud bermuka dua, mendua hati atau munafik menurut istilah Melayu.

Beliau kemudian memetik hadis diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: "Engkau akan mendapati di antara seburuk-buruk manusia pada hari kiamat di sisi ALLAH ialah mereka yang bersikap talam dua muka, (iaitu) yang datang kepada mereka (satu kumpulan) dengan satu wajah, sementara kepada mereka (satu kumpulan yang lain) dengan wajah (yang lain pula)." (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Melihat ungkapan hadis berkenaan, Zulkifli berkata, jelaslah bahawa Rasulullah SAW menggelarkan orang yang bersikap talam dua muka sebagai sejahat-jahat manusia.

DALAM sebuah hadis, sikap talam dua muka ialah seburuk-buruk manusia pada hari kiamat.
DALAM sebuah hadis, sikap talam dua muka ialah seburuk-buruk manusia pada hari kiamat.

"Ini kerana tiada kesetiaan atau dalam bahasa moden, makan keliling.

"Sifat itu adalah jauh daripada jalan yang sebenar. Ia merupakan ciri-ciri munafik," tegasnya.