PM lulus RM6 juta bina terowong air atasi banjir di Rantau Panjang

Anwar
Anwar
A
A
A

PASIR MAS - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mululuskan peruntukan segera RM6 juta bagi membina terowong air mengatasi banjir di Rantau Panjang.

Beliau berkata, jumlah itu termasuk kerja-kerja membaik pulih benteng Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) yang pecah akibat arus deras sebelum ini.

"Pada masa sama kita akan bina dua lagi di tempat lain.

Anwar hadir bagi mengikuti perkembangan terkini PLSB Sungai Golok berhampiran Jambatan Lubok Jong hari ini. Foto Bernama
Anwar hadir bagi mengikuti perkembangan terkini PLSB Sungai Golok berhampiran Jambatan Lubok Jong hari ini. Foto Bernama

"Setiap pembinaan melibatkan peruntukan sebanyak RM2 juta," katanya semasa sidang akhbar pada Khamis.

Beliau sebelum itu menyantuni mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Lati di sini.

Hadir sama, Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Menurut beliau, penyegeraan projek ini akan membantu mengurangkan masalah banjir yang sedang melanda di Rantau Panjang.

Artikel Berkaitan:

Sinar Harian pada 19 Disember lalu melaporkan penduduk di Rantau Panjang mendesak kerajaan supaya membina terowong khas bagi mengelakkan banjir termenung terus membelenggu mereka setiap kali Monsun Timur Laut (MTL).

Semenjak PLSB Sungai Golok dibina, lebih 10 kampung di sini terpaksa berdepan dengan banjir yang lama serta air mencecah sehingga tujuh meter.

@sinarharianonline

PM lulus RM6 juta bina terowong air atasi banjir di Rantau Panjang #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #PM #Kelantan #Anwar

Happy - Pharrell Williams Tribute - Saxtribution