RM50 juta bantu mangsa banjir di Kelantan, RM1,000 seorang - PM

Anwar menyantuni penghuni PPS SMK Agama Lati di Pasir Mas pada Khamis.
Anwar menyantuni penghuni PPS SMK Agama Lati di Pasir Mas pada Khamis.
A
A
A

PASIR MAS - [DIKEMAS KINI] Sebanyak RM50 juta diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi membantu mangsa banjir di negeri ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, setiap ketua isi rumah (KIR) akan menerima bantuan sebanyak RM1,000.

Anwar diberi taklimat tentang perkembangan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kelantan berhampiran Jambatan Lubok Jong pada Khamis. Turut hadir Mohd Nassuruddin (dua dari kiri). - Foto Bernama
--fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA
Anwar diberi taklimat tentang perkembangan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kelantan berhampiran Jambatan Lubok Jong pada Khamis. Turut hadir Mohd Nassuruddin (dua dari kiri). - Foto Bernama --fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

"Ia (bantuan) akan disalurkan terus kepada mangsa terlibat. Ini merupakan peruntukan awal kepada penduduk yang terjejas.

"Peruntukan tambahan akan diberikan selepas kita mengenalpasti kerosakan dan kerugian yang disahkan oleh pegawai-pegawai bertugas," katanya semasa sidang akhbar pada Khamis.

Beliau sebelum itu menyantuni mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Lati di sini.

Hadir sama, Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Artikel Berkaitan:

Ahli Parlimen Tambun itu memberitahu, beliau difahamkan ada mangsa yang sudah tiga kali berpindah selepas rumah mereka ditenggelami banjir.

Ujar Anwar, mangsa tersebut juga mengalami kerugian yang sangat teruk akibat musibah berkenaan.

"Insya- ALLAH kita akan bantu," katanya.