PLSB 'benteng puaka', projek gagal - Penduduk


Penduduk di Rantau Panjang menyifatkan projek PLSB Sungai Golok sebagai 'benteng puaka' apabila menyebabkan mereka terpaksa menghadapi banjir buruk setiap tahun.
Penduduk di Rantau Panjang menyifatkan projek PLSB Sungai Golok sebagai 'benteng puaka' apabila menyebabkan mereka terpaksa menghadapi banjir buruk setiap tahun.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Penduduk di Rantau Panjang menyifatkan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok sebagai 'benteng puaka' apabila menyebabkan mereka terpaksa menghadapi banjir buruk setiap tahun.

Rata-rata penduduk menzahirkan rasa sedih dan kecewa mereka di media sosial dengan meletakkan tanda pagar #bentengpuaka dan mendakwa ia sebagai projek yang gagal.

Seorang pengguna Facebook, Ct Fatimah melalui hantarannya merayu pihak terbabit supaya benteng yang pecah dibiarkan begitu dan tidak ditutup semula.

Katanya, semenjak pembinaan projek tersebut dia perlu menghadapi banjir tiga hingga empat kali setahun.

"Kami bukan ikan yang boleh hidup dalam air. Kami ini manusia yang ada perasaan.


Seorang pengguna Facebook, Ct Fatimah melalui hantarannya merayu pihak terbabit supaya benteng yang pecah dibiarkan begitu dan tidak ditutup semula.
Seorang pengguna Facebook, Ct Fatimah melalui hantarannya merayu pihak terbabit supaya benteng yang pecah dibiarkan begitu dan tidak ditutup semula.

"Kami perlu kerja, cari rezeki. Kami reda dengan musibah banjir ini tapi kita semua pun tahu punca air tidak boleh keluar sebab benteng. Lepas ini jangan sesiapa tutup benteng itu, biarkan begitu sehingga fasa yang lain siap dahulu. Kami tak marah... kami nasihat demi kebaikan," demikian luahannya.

Seorang lagi pengguna Facebook, Farahana Pauzie menyifatkan benteng tersebut menyusahkan banyak rakyat.

Artikel Berkaitan:

Katanya, benteng yang dibina hanya sebelah menjadikan kawasan di sebelah lagi sebagai kolam termenung.

"Jangan pisahkan air banjir kita bersama," ujarnya.

Zalani Muloh Pokteh pula melabelkan PLSB sebagai 'benteng puaka Rantau Panjang' menerusi hantaran di Facebook miliknya.


Seorang penduduk menzahirkan rasa sedih dan kecewa di media sosial dengan meletakkan tanda pagar #bentengpuaka dan mendakwa ia sebagai projek yang gagal.
Seorang penduduk menzahirkan rasa sedih dan kecewa di media sosial dengan meletakkan tanda pagar #bentengpuaka dan mendakwa ia sebagai projek yang gagal.

Katanya, sifir ia amat mudah, bila dipecahkan oleh pemuda-pemuda berani atau terpecah sendiri dipukul arus Sungai Golok maka seluruh isi Rantau Panjang akhirnya dapat menarik nafas lega kerana air bah surut serta-merta.

"Alhamdulillah malah ada mereka yang sudah hampir sebulan teratak teduhan sekeluarga ditenggelami bah juga mendapat sinar apabila benteng ini terbelah.

"Amat jelas ianya sebuah kegagalan yang berharga RM700 juta hingga RM1.2 bilion. Ternyata mudarat ia lebih besar daripada manfaat," katanya.