Lagi laporan terhadap Eric Liew

Pemuda Umno Ipoh Timur yang diketuai Muhammad Najib (dua, kiri) membuat laporan polis terhadap Eric Liew, hari ini.
Pemuda Umno Ipoh Timur yang diketuai Muhammad Najib (dua, kiri) membuat laporan polis terhadap Eric Liew, hari ini.
A
A
A

IPOH - Pemuda Umno Bahagian Ipoh Timur menggesa polis lakukan siasatan terhadap pengguna Facebook, Eric Liew kerana menghina bekas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V menerusi ruangan komen media sosial.

Ketuanya, Muhammad Najib Abdul Rahman berkata, kenyataan berunsur jelik itu telah melanggar prinsip Rukun Negara kedua iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara.

“Siasatan wajar dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Hasutan 1948 kerana menghasut kebencian kepada institusi Raja itu.

“Dia boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyalahgunakan kemudahan komunikasi untuk sebaran maklumat jelik dan menghina,” katanya selepas membuat laporan polis di Balai Polis Pasir Puteh di sini, hari ini.

Menurutnya, dia wajar dikenakan tindakan supaya menjadi iktibar kepada rakyat negara untuk lebih mengamalkan sikap saling hormat menghormati antara satu sama lain.

Artikel Berkaitan: