250 maut, malam paling berdarah di Gaza dalam 11 minggu

Sehingga kini seramai 20,674 rakyat Palestin telah terbunuh manakala 54,536 yang lain cedera. - Foto AFP
Sehingga kini seramai 20,674 rakyat Palestin telah terbunuh manakala 54,536 yang lain cedera. - Foto AFP
A
A
A

GAZA - Satu lagi malam paling berdarah buat penduduk Gaza dalam tempoh 11 minggu.

Kali ini, Kementerian Kesihatan Gaza melaporan lebih 250 rakyat Palestin terbunuh dalam tempoh 24 jam lalu dan 500 cedera dalam serangan kejam tentera Zionis.

Semalam sahaja, lebih 100 manakala rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel.

Antara kawasan yang menjadi tumpuan ialah Khan Uounis, yang mempunyai kepadatan penduduk.

Dalam pada itu jumlah korban terkini, seramai 20,674 rakyat Palestin telah terbunuh manakala 54,536 yang lain cedera.

Laporan media tempatan melaporkan Israel kini sedang meningkatkan serangan udara dan darat di tengah Gaza.

Ia susulan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berikrar untuk meneruskan serangan terhadap rakyat Palestin.

Kini Israel berada di bawah tekanan daripada sekutu terdekatnya Amerika Syarikat untuk mengalihkan operasi intensiti rendah di Gaza dan mengurangkan kematian orang awam.

Artikel Berkaitan:

Namun Netanyahu bertekad bahawa perang masih belum selesai dan menolak apa yang dilontarkannya kepadanya.

Baginya mereka tidak akan berhenti dan peperangan akan berterusan sehingga tamat.