Ada tonto jaga Jalan Silang?

Keadaan tenang di sekitar Jalan Silang, Kuala Lumpur pada Jumaat selepas tindakan serbuan dan operasi pihak polis. Polis menahan warga asing menerusi operasi besar-besaran di sekitar Jalan Silang, Kuala Lumpur pada Khamis. - FOTO SINAR HARIAN/MOHD HALIM ABDUL WAHID

A
A
A

KUALA LUMPUR - Peranan tonto di Jalan Silang, di sini dipercayai bagi memantau sebarang pergerakan pihak berkuasa di lokasi terbabit.

Tinjauan Sinar Harian pada Jumaat di lokasi sekitar selepas operasi besar-besaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam mendapati terdapat beberapa pergerakan warga asing agak mencurigakan disyaki berperanan sebagai 'jaga air' atau tonto.

Ada antara mereka ini kelihatan seperti memerhati, menghubungi dan mengambil gambar penugasan wartawan di lokasi kejadian.

Mengakui perkara itu, peniaga tempatan yang enggan dikenali berkata, kebanyakan individu berkenaan berkeliaran di luar premis sejak pagi.

Polis menahan warga asing menerusi operasi besar-besaran di sekitar Jalan Silang, Kuala Lumpur pada Khamis. - FOTO SINAR HARIAN/MOHD HALIM ABDUL WAHID
Polis menahan warga asing menerusi operasi besar-besaran di sekitar Jalan Silang, Kuala Lumpur pada Khamis. - FOTO SINAR HARIAN/MOHD HALIM ABDUL WAHID

"Kita meniaga hari-hari di sini, tak pernah nampak mereka ini, hari ini baru nampak selain kehadiran wartawan yang ramai.

"Mula-mula ingat wartawan tapi mereka bercakap dalam bahasa asing dan sering ambil gambar kawasan sekitar," katanya ketika ditemui di sini pada Jumaat.

Sementara itu, seorang anggota penguat kuasa yang ditemui sekitar lokasi terbabit berkata, tindakan operasi pada Khamis memberi impak positif.

Artikel Berkaitan:

Katanya, lokasi hari ini kelihatan lengang dan baik.

"Mereka (warga asing) ini ada tonto daripada geng-geng mereka sendiri, malah tak hormat kepada penguat kuasa yang menjalankan tugas. Ada yang marah balik, tunjuk gengster dan hendak ajak bergaduh.

"Kalau dilihat sebelum ini, warga asing ini ada berniaga ikan, buah dan lain-lain. Kebiasaan aktif hujung minggu dan harap operasi sebegini dikerapkan," katanya pada Jumaat.

Pada Khamis Sinar Harian melaporkan seramai 1,101 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk dua kanak-kanak ditahan selepas lokasi tumpuan warga asing dikenali 'Mini Dhaka' di Jalan Silang, di sini, digempur bermula jam 11 pagi, selain pemeriksaan sebanyak 60 premis di lokasi berkenaan serta di sekitar Kompleks Kota Raya.

Polis menahan warga asing menerusi operasi besar-besaran di sekitar Jalan Silang, Kuala Lumpur pada Khamis. - FOTO SINAR HARIAN/MOHD HALIM ABDUL WAHID
Polis menahan warga asing menerusi operasi besar-besaran di sekitar Jalan Silang, Kuala Lumpur pada Khamis. - FOTO SINAR HARIAN/MOHD HALIM ABDUL WAHID

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majeed berkata, serbuan dijalankan selepas pihaknya menerima banyak aduan tentang kebanjiran warga asing serta masalah jenayah di lokasi itu yang rata-ratanya didalangi warga asing.

Operasi bertujuan membanteras pelbagai jenayah terutama membabitkan PATI selain turut memfokuskan kepada membanteras sebarang aktiviti tidak sihat di kawasan ini.

Operasi itu turut merampas barangan kontraban terdiri 100 karton rokok, 80 karton arak dan ubat-ubatan tanpa kelulusan Kementerian kesihatan (KKM) dengan keseluruhan nilai rampasan RM104,530.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!