'Warga asing anggap ini macam tempat mereka, tak hormat orang' - Peniaga

Tiada lambakan warga asing dikesan di sekitar Jalan Silang pada Jumaat susulan serbuan yang dilaksanakan pihak polis.
Tiada lambakan warga asing dikesan di sekitar Jalan Silang pada Jumaat susulan serbuan yang dilaksanakan pihak polis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - "Mereka (warga asing) anggap sini (Jalan Silang) macam tempat mereka, kurang ajar, tak hormat orang tempatan," luah peniaga tempatan, Anuar Shari, 69.

Menurutnya yang berasal dari Ipoh, Perak, dia sudah kira-kira 10 tahun berniaga minuman dan makanan di sekitar kawasan berkenaan.

Katanya, kehadiran warga asing ramai terutama pada hari minggu.

Anuar
Anuar

"Bila ramai sangat warga asing di sini, orang tempatan pun tidak mahu datang sini. Boleh dikira orang tempatan yang datang, saya jual air pun memang jarang orang tempatan beli.

"Saya sangat-sangat sokong tindakan pihak berkuasa (polis) serbu di sini. Harap kalau boleh ada tindakan seterusnya, setiap bulan pun tidak apa," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini pada Jumaat.

Md Khairul Othman, 40, pula mendakwa, ada beberapa warga asing bertindak kurang ajar.

"Mereka ini (warga asing) ada juga yang berniaga, datang jalan-jalan dan beli barang.

Artikel Berkaitan:

"Sini ramai Bangladesh, Myanmar...Pernah ada nampak mereka ini bergaduh, biadab," katanya.

Tinjauan Sinar Harian pada Jumaat di sekitar Jalan Silang, Jalan Pudu dan Lebuh Ampang mendapati suasana sedikit lengang dengan kurangnya lambakan warga asing selepas serbuan pihak polis.

Beberapa peniaga di kaki lima sekitar lokasi terbabit yang ditemui Sinar Harian turut mengakui keadaan selepas tindakan pihak polis memberi impak yang baik.

Sementara itu, peniaga pakaian, Amir Ahmad, 58, mengakui di kawasan itu memang ramai Bangladesh.

Amir
Amir

"Bila banyak sangat sebab itu lekatlah nama 'mini Dhaka'. Mereka banyak kumpul di sini.

"Ada yang berniaga di sini, menetap dan menyewa. Harap warga tempatan yang menyewakan premis tidak lagi berbuat perkara itu, kalau tidak, ia tidak boleh selesaikan masalah," ujarnya.

Sebelum itu, pada Khamis Sinar Harian melaporkan seramai 1,101 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk dua kanak-kanak ditahan selepas lokasi tumpuan warga asing dikenali 'Mini Dhaka' di Jalan Silang di sini, digempur bermula jam 11 pagi.

Suasana di Jalan Silang lengang.
Suasana di Jalan Silang lengang.

Sebanyak 60 premis di lokasi berkenaan serta di sekitar Kompleks Kota Raya diperiksa.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majeed berkata, serbuan dijalankan selepas pihaknya menerima banyak aduan tentang kebanjiran warga asing serta masalah jenayah di lokasi itu yang rata-ratanya didalangi warga asing.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!