Beri ruang polis siasat kes Zayn Rayyan - KPN

Anggota unit MPV didapati melakukan rondaan di sekitar sekitar blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai di sini pada Selasa.
Anggota unit MPV didapati melakukan rondaan di sekitar sekitar blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai di sini pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Masyarakat diminta memberi ruang kepada polis untuk menjalankan siasatan terperinci berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan kes itu dilakukan secara menyeluruh.

Razarudin
Razarudin

"Kita masih menjalankan siasatan, kita tidak akan berputus asa untuk mengesan petunjuk serta bukti baharu sehingga boleh tangkap penjenayah berkenaan.

"Kita berharap polis diberi ruang untuk mengumpul bukti atau maklumat bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Memasuki hari ke-13 kes pembunuhan Zayn Rayyan, sebuah kereta unit peronda polis (MPV) didapati melakukan rondaan secara berkala di sekitar blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai di sini pada Selasa.

Pada Ahad, rumah tidak berpenghuni di blok sama menjadi tumpuan pasukan forensik PDRM bagi mencari bukti baharu pembunuhan Zayn Rayyan.

Difahamkan, sebanyak tujuh buah rumah tidak berpenghuni di blok berkenaan telah diperiksa melibatkan tingkat tiga dan empat yang mengambil masa selama dua jam.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussien Omar Khan dilaporkan berkata, setakat ini polis belum menemui petunjuk kukuh bagi mencari pembunuh kanak-kanak terbabit.

Beliau dilaporkan berkata, operasi mencari bukti masih diteruskan di sekitar lokasi dan tiada mana-mana individu boleh dikaitkan dalam kes bunuh kanak-kanak terbabit.

Pada 6 Disember lalu, mangsa berusia enam tahun itu ditemui meninggal dunia di anak sungai berhampiran kawasan apartment itu kira-kira jam 10 malam.

Zayn Rayyan dipercayai dibunuh itu ditemui oleh pihak berkuasa dan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.