Usaha cari bukti kes bunuh Zayn Rayyan masih diteruskan - KPN

Anggota forensik menjalankan pemeriksaan di Blok R Apartmen Idaman, Damansara Damai pada Isnin.
Anggota forensik menjalankan pemeriksaan di Blok R Apartmen Idaman, Damansara Damai pada Isnin.
A
A
A

PETALING JAYA - Polis masih berusaha mencari petunjuk dan bukti baharu berkaitan kes pembunuhan Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan masih dijalankan di Apartmen Idaman, Damansara Damai di sini pada Isnin.

"Siasatan masih diteruskan, setakat ini, kita belum menjumpai apa-apa petunjuk,” katanya ringkas ketika dihubungi pada Isnin.

Memasuki hari ke-12 kes pembunuhan Zayn Rayyan pada Isnin, sepasukan forensik masih menjalankan siasatan di blok R, apartmen itu yang disyaki lokasi terakhir kanak-kanak itu dilihat sebelum dilaporkan hilang.

Seramai lima anggota forensik tiba pada jam 12.45 tengah hari untuk melaksanakan siasatan di blok berkenaan sebelum dilihat meninggalkan lokasi tersebut kira-kira dua jam kemudian.

Turut kelihatan beberapa anggota polis memasuki blok R untuk melakukan pemantauan, kemudian mereka beredar pada jam 3 petang.

Pada Ahad, rumah tidak berpenghuni di blok sama menjadi tumpuan pasukan forensik PDRM bagi mencari bukti baharu pembunuhan Zayn Rayyan.

Difahamkan, sebanyak tujuh buah rumah tidak berpenghuni di blok berkenaan telah diperiksa melibatkan tingkat tiga dan empat yang mengambil masa selama dua jam.

Artikel Berkaitan: