'Semoga ALLAH beri kita kesabaran, pertolonganNya' - Ibu Zayn Rayyan

Luahan hati ibu Zayn Rayyan di Instagram pada Ahad.
Luahan hati ibu Zayn Rayyan di Instagram pada Ahad.
A
A
A

PETALING JAYA - "Semakin kamu besarkan sabarmu, maka semakin besar ALLAH siapkan kebahagiaan untukmu. Semoga ALLAH memberi kita kekuatan dan kesabaran serta pertolongan-Nya. Aamiin aamiin Ya Rabb Ya Mujib," Demikian luahan Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin menerusi Instagramnya.

Luahan hati Ismanira, 28, di platform media sosial itu pada Ahad turut disertakan dengan gambar pusara Zayn Rayyan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara.

Memasuki hari ke-11 kes pembunuhan Zayn Rayyan pada Ahad, sepasukan forensik masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian dengan tumpuan dilihat kepada Blok R, Apartment Idaman dekat sini, disyaki lokasi terakhir kanak-kanak itu dilihat sebelum dilaporkan hilang.

Pasukan forensik yang tiba jam 3 petang menumpukan siasatan di rumah tidak berpenghuni di blok itu bagi mencari bukti baharu.

Difahamkan, lebih 40 rumah tidak berpenghuni di blok terbabit dan polis telah memeriksa tujuh daripadanya, bagaimanapun setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada pasukan terbabit menemukan bukti baharu.

Sebelum itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan dilaporkan berkata, setakat ini polis belum menemui petunjuk kukuh bagi mencari pembunuh kanak-kanak terbabit.

Beliau dilaporkan berkata, operasi mencari bukti masih diteruskan di sekitar lokasi dan tiada mana-mana individu boleh dikaitkan dalam kes bunuh kanak-kanak terbabit.

@sinarharianonline Semoga Allah beri kesabaran kepada keluarga Zayn Rayyan #fyp#beritaditiktok#ZaynRayyan#kanakkanak#autisma original sound - ꜰᴀɪᴢɴᴜʀᴢɪɴ - FaiznurZin

Artikel Berkaitan: