Tiada aduan dakwaan penipuan mangsa banjir - Polis Kelantan

Muhamad Zaki dan Pengerusi Perkep Kelantan Suzana bertanyakan khabar pada seorang warga emas di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Rantau Panjang Dua, pada Selasa.
Muhamad Zaki dan Pengerusi Perkep Kelantan Suzana bertanyakan khabar pada seorang warga emas di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Rantau Panjang Dua, pada Selasa.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Polis Kelantan belum menerima sebarang aduan berhubung dakwaan mengatakan ada penduduk yang tidak terjejas dengan banjir mendaftar sebagai mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) bagi mendapatkan bantuan.

Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya sedia membantu dalam melakukan siasatan jika ada laporan dibuat.

"Setakat ini tiada laporan spesifik berhubung dakwaan terbabit.

"Mungkin timbul isu ini berdasarkan jumlah mangsa banjir yang ramai dan terfikir kenapa ia berlaku," katanya kepada pemberita ketika sidang akhbar pada Selasa.

Muhamad Zaki menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak yang tinggal di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Rantau Panjang Dua pada Selasa.
Muhamad Zaki menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak yang tinggal di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Rantau Panjang Dua pada Selasa.

Sebelum itu beliau mengadakan lawatan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Rantau Panjang Dua dan menyampaikan bantuan kepada mangsa.

Hadir sama ialah Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Kelantan, Datin Suzana Yashin.

Muhamad Zaki percaya pihak Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah mengambil tindakan sewajarnya berhubung isu terbabit.

Artikel Berkaitan:

Polis Kelantan mengadakan lawatan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Rantau Panjang Dua dan menyampaikan bantuan kepada mangsa.
Polis Kelantan mengadakan lawatan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Rantau Panjang Dua dan menyampaikan bantuan kepada mangsa.

Media sebelum ini melaporkan sebilangan penduduk di Kelantan didakwa sanggup menipu dengan berpindah ke PPS semata-mata bagi mendapatkan bantuan banjir, sedangkan kediaman mereka tidak terkesan atau setakat dinaiki air pada paras amat cetek.

Tindakan tidak bertanggungjawab itu dipercayai menyumbang kepada situasi pendaftaran di hampir semua PPS di Pasir Mas kini dikatakan penuh, sedangkan cuaca semakin baik sejak beberapa hari lalu dan banjir baru-baru ini masih dianggap tahap biasa berbanding tahun sebelumnya.