'Ayah sentiasa hadir program Sultan Johor'

Jenazah Ab Manan Selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tengah.
Jenazah Ab Manan Selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tengah.
A
A
A

KLUANG - "Ayah pasti akan hadir sebarang program melibatkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar walaupun terpaksa tumpang kereta kawan lebih-lebih lagi jika diadakan di luar daerah Kluang, seperti di Johor Bahru serta Mersing," kata Mohd Safri.

Mohd Safri, 42, merupakan anak kepada bekas komando, Ab Manan Keri, 74, yang lengkap berpakaian veteran tentera ketika ditemukan lemas di sebuah kebun kelapa sawit di Kampung Palembang, pada petang Ahad selepas dilaporkan hilang sejak tiga hari lalu.

Katanya, bapanya cukup teruja dengan Sultan Johor semenjak pemerintahan Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail lagi, kerana prihatin dengan kebajikan kepada golongan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Jenazah Ab Manan Selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tengah.
Jenazah Ab Manan Selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tengah.

"Ayah mula bertugas dalam Rejimen Renjer DiRaja (RRD) sebelum ke pasukan Rejimen Gerup Gerak Khas (RGGK) dan bertugas di kem Sungai Udang, Melaka. Ayah jadikan Sultan Johor sebagai idolanya kerana baginda merupakan Kolonel Komandan RGGK.

"Setelah bersara daripada RGGK pada tahun 1992, ayah aktif dalam Kelab Veteran Komando ATM dan sering menjadi wakil kelab itu sekiranya ada program yang membabitkan Sultan Johor," katanya.

Mohd Safri memberitahu pada hari kejadian, bapanya sanggup berjalan kaki sejauh hampir dua kilometer untuk menghadiri majlis minum petang bersama Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Dataran Tasek Kluang.

ARTIKEL BERKAITAN:'Ayah hilang selepas hadir majlis santapan, lengkap berpakaian veteran komando'

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN:Lelaki warga emas dilaporkan hilang selepas jatuh longkang

ARTIKEL BERKAITAN:Veteran komando hilang 3 hari ditemui mati lemas

“Bagaimanapun, ketika pulang dari majlis itu ayah mengambil jalan pintas untuk menuju ke tempat adik meletakkan kereta sebelum dipercayai terjatuh ke dalam longkang di Jalan Ismail,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi anak Allahyarham, Mohd Shafullah, 29, berkata jiwa ketenteraan bapanya digunakan sepenuhnya untuk mendidik anak-anak dengan penuh disiplin.

"Tidak lekang dalam dirinya menerapkan nilai disiplin tinggi kepada tujuh anaknya dalam melakukan tugas diamanahkan dan hasilnya salah seorang daripada kami turut mengikut jejaknya sebagai seorang anggota tentera.

"Walaupun ayah sudah tiada, namun semua ilmu yang dicurahkan pada kami menjadi bekalan untuk mendidik anak masing-masing agar berjaya dalam kehidupan masa hadapan," katanya.

Allahyarham Ab Manan yang turut dikenali sebagai ‘Manan Cina’ selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tengah, dekat sini pada jam 12.30 tengah malam Isnin.