Veteran komando hilang 3 hari ditemui mati lemas

Anggota penyelamat membawa mayat veteran komando selepas ditemui di dalam kebun kelapa sawit di Kampung Palembang, Kluang pada Ahad.
Anggota penyelamat membawa mayat veteran komando selepas ditemui di dalam kebun kelapa sawit di Kampung Palembang, Kluang pada Ahad.
A
A
A

KLUANG - Kehilangan veteran komando yang dilaporkan sejak tiga hari lalu, terjawab apabila mayatnya ditemukan di tepi parit dalam kebun kelapa sawit di Kampung Palembang pada petang Ahad.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, penemuan mayat itu dimaklumkan oleh seorang gembala lembu kira-kira jam 5 petang ketika menguruskan ternakannya.

Bahrin ( tengah) pada sidang akhbar di Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Kampung Palembang, Kluang pada Ahad.
Bahrin ( tengah) pada sidang akhbar di Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Kampung Palembang, Kluang pada Ahad.

Menurutnya, mayat Ab Manan Keri, 74 ditemui kira-kira 500 meter dari tepi Sungai Melantai yang merupakan sungai rangkaian kepada Sungai Mengkibol.

"Pengesahan juga sudah dilakukan oleh anak mangsa, Mohamad Shahfullah, 29, yang turut hadir ke lokasi penemuan mayat ayahnya sebaik dimaklumkan.

"Mayat dirujuk ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang untuk proses bedah siasat dan akan diserahkan kepada ahli keluarga selepas semua urusan berkaitan selesai," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Kampung Palembang, di sini pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

Anggota penyelamat membawa mayat veteran komando selepas ditemui di dalam kebun kelapa sawit di Kampung Palembang, Kluang pada Ahad.
Anggota penyelamat membawa mayat veteran komando selepas ditemui di dalam kebun kelapa sawit di Kampung Palembang, Kluang pada Ahad.

Sementara itu, Norsam Kasbi, 56, yang menemui mayat mangsa berkata, dia terhidu bau busuk ketika sedang menghalau lembu ternakannya masuk ke kandang.

Katanya, sebaik didekati dia ternampak mayat terdampar di tepi parit dalam ladang dan segera memaklumkan kepada pasukan operasi mencari dan menyelamat ( SAR).

Pada Jumaat, Ab Manan dilaporkan hilang selepas menghadiri Majlis Jamuan Teh Bersama Rakyat di Dataran Tasik Kluang petang Khamis dipercayai terjatuh ke dalam longkang di Jalan Ismail di bandar Kluang.