Imigresen serbu empat kedai makan di pusat beli belah terkenal

JOHOR BAHRU - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Johor menyerbu empat kedai makan dalam sebuah pusat beli-belah terkenal di sini, pada Isnin selepas disyaki menggajikan pekerja warga asing melalui Ops Selera.
Pengarah Imigresen Negeri Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, operasi bermula jam 12.00 tengahari itu melibatkan 25 pegawai penguatkuasa dan dijalankan berdasarkan maklumat awam serta risikan.
"Hasil serbuan, dua lelaki warganegara tempatan dipercayai pengurus premis, dan sebuah premis yang dikendalikan warga asing yang menyajikan masakan India turut ditahan.

"Seramai 19 pekerja asing ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen. Mereka terdiri daripada 11 lelaki Myanmar, seorang lelaki Indonesia, seorang wanita Indonesia dan enam wanita Myanmar, berusia antara 19 hingga 49 tahun, bekerja sebagai tukang masak dan pelayan restoran," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Jelas beliau, kesemua yang ditahan kini ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
Selain itu, tiga borang saman (Borang 29) dikeluarkan bagi membantu siasatan.
"JIM Johor akan terus memperkasa penguatkuasaan dan tidak berkompromi dengan majikan atau individu yang menggajikan serta melindungi pendatang tanpa izin (PATI)," katanya lagi.
Ringkasan AI
- Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor menyerbu empat kedai makan di sebuah pusat beli-belah di Johor Bahru dalam Ops Selera
- Operasi tersebut melibatkan 25 pegawai penguatkuasa bermula jam 12.00 tengahari berdasarkan maklumat awam dan risikan
- Dua lelaki warganegara tempatan dipercayai pengurus premis dan sebuah premis yang menyajikan masakan India ditahan
- Seramai 19 pekerja asing ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen termasuk warga Myanmar dan Indonesia
- Kesemua yang ditahan ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika untuk siasatan lanjut dibawah Akta Imigresen 1959/63
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

