Tanah runtuh di Puchong: Laporan dijangka siap kurang seminggu

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.26 malam Sabtu, sembilan buah rumah berhampiran kawasan runtuhan itu diarah mengosongkan kediaman mereka dengan serta-merta. - Foto ihsan MBSJ
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.26 malam Sabtu, sembilan buah rumah berhampiran kawasan runtuhan itu diarah mengosongkan kediaman mereka dengan serta-merta. - Foto ihsan MBSJ
A
A
A

PUCHONG - Laporan kajian bagi mengenal pasti punca kejadian tanah runtuh di kawasan perumahan Taman Wawasan, Puchong dijangka siap dalam tempoh kurang dari seminggu.

Datuk Bandar Subang Jaya, Datuk Mohd Fauzi Mohd Yatim memberitahu, kajian itu akan melibatkan beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia.

"Buat masa ini anggota kita juga sedang menyediakan kajian untuk menentukan sama ada pergerakan tanah itu masih aktif atau tidak, dan kemudian kita akan lihat hasilnya.

"Tapi melihat keadaan semasa, pergerakan tanah masih lagi berlaku," katanya kepada Awani di sini, pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Mohd Fauzi memberitahu, sebagai tindakan segera pihaknya sedang memasang kanvas di kawasan tanah runtuh supaya struktur tanah tidak bergerak.

"Kerja-kerja pemasangan besi cerucuk juga sedang giat dilakukan dan kita sedang mengesan tapak-tapak yang sesuai untuk dipasang besi sepanjang 150 meter itu.

"Kita menjangkakan kerja-kerja ini siap sepenuhnya pada esok (Ahad)," tambahnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Tanah runtuh: 9 rumah terjejas, empat kenderaan tertimbus

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, MBSJ juga menyediakan pusat pemindahan sementara (PPS) namun hanya sebuah keluarga sahaja yang tinggal di pusat berkenaan sementara yang lain difahamkan tinggal di rumah kenalan atau saudara-mara mereka.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.26 malam Sabtu itu, sembilan buah rumah berhampiran kawasan runtuhan itu diarah mengosongkan kediaman mereka dengan serta-merta.

Runtuhan itu melibatkan kawasan seluas 30 meter x 24 meter. - Awani