Tanah runtuh Puchong: Simen hadapan pagar beberapa rumah runtuh lagi

Beberapa simen di bahagian depan rumah di kawasan Taman Wawasan dekat sini dilaporkan runtuh lagi susulan terdapat pergerakan tanah di kawasan berkenaan pada Ahad. - Foto PDRM
Beberapa simen di bahagian depan rumah di kawasan Taman Wawasan dekat sini dilaporkan runtuh lagi susulan terdapat pergerakan tanah di kawasan berkenaan pada Ahad. - Foto PDRM
A
A
A

PUCHONG - Bahagian simen hadapan pagar melibatkan beberapa rumah di kawasan Taman Wawasan dekat sini dilaporkan runtuh lagi susulan terdapat pergerakan tanah di kawasan berkenaan pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, pergerakan tanah dikesan berlaku kira-kira jam 3.30 petang di lokasi runtuhan sebelum ini.

"Pemantauan dijalankan mendapati berlakunya runtuhan lagi melibatkan simen bahagian depan pintu pagar beberapa rumah di lokasi kejadian runtuh.

"Kejadian berkenaan bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan kerana tindakan pengosongan kawasan telah pun dijalankan sebelum ini," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata kerja-kerja penanaman cerucuk masih dijalankan sehingga kini.

"Sebanyak 46 cerucuk besi ditanam, proses ini bermula pada Ahad dan akan diteruskan lagi pada hari ini (Isnin).

"Selain itu, proses mengeluarkan kenderaan tertimbus juga sedang giat dijalankan," katanya.

Katanya, pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka sebelum ini ditutup susulan kesemua mangsa telah keluar.

Artikel Berkaitan:

"Sebelum ini, terdapat lapan individu terdiri daripada satu keluarga berada di PPS ini, namun mereka telah pun keluar.

"Secara rasminya, PPS ini ditutup kira-kira jam 9 malam (Ahad)," katanya.

Pada Sabtu, penghuni sembilan rumah di Jalan Wawasan 3/9 dan 3/4, di sini diminta berpindah akibat kejadian tanah runtuh yang berpunca daripada hujan lebat.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 7.30 petang itu turut mengakibatkan empat kenderaan tertimbus.

Kejadian bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kehilangan jiwa.

@sinarharianonline Simen hadapan pagar beberapa rumah runtuh lagi #fyp#beritaditiktok#tanahruntuh#puchong Military Tension - Steve Ralph

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!