Terengganu tolak ICERD
Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Terengganu tidak menerima cadangan itu kerana percaya isu seperti diskriminasi kaum, warna kulit dan sebagainya boleh diselesaikan melalui kaedah perundangan yang ada di negara ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Persatuan Ulama Malaysia tolak ICERD]
Menurut Ahmad Samsuri, isu meratifikasi ICERD perlu diperhalusi dengan lebih mendalam akan kesan kepada struktur masyarakat di Malaysia.
“Ianya tidak semudah untuk kita ratifikasi dan kita duduk diam saja tanpa berbuat apa-apa mengenai kedudukan, peraturan, enakmen dan undang-undang yang ada dalam perlembagaan kita.
“Apabila sudah dibuat ratifikasi, ini bermakna langkah seterusnya adalah untuk melakukan perubahan struktur perlembagaan dan perundangan dalam negara dan inilah yang menimbulkan suasana yang tidak sesuai buat masa ini dalam negara kita,” katanya.
Atas faktor itu kata beliau, kerajaan negeri berpendirian menolak sekeras-kerasnya usaha meratifikasi ICERD.
[ARTIKEL BERKAITAN: ICERD tidak perlu di Malaysia]
Perak, Korea Selatan bakal bekerjasama hasilkan produk hiliran REE
ADUN kena jadi 'hos' promosi tempat menarik
Tarif air Pulau Pinang kekal kedua terendah
Dua tuntung sungai dijumpai mati tersangkut rawai
'Saya mohon maaf kepada keluarga mangsa, anggota tentera' - Saifuddin Shafik
[VIDEO] Hantaran jelik hina kru TLDM terkorban, Saifuddin Shafik didenda RM23,000
Akaun 3 KWSP untuk kecemasan, bukan beli telefon bimbit, sport rim mewah
Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024