AEON BiG Mid Valley Megamall tawar pengalaman premium

Sheikh Farouk (dua dari kiri), Rohaizi (dua dari kanan) dan Ariffin (kanan) memotong riben sebagai simbolik Majlis Pembukaan Semula AEON BiG Mid Valley Megamall pada Sabtu. - Foto Sinar Harian/MOHD HALIM ABDUL WAHID

A
A
A

AEON BiG Mid Valley Megamall kini berwajah baharu yang menawarkan pengalaman menarik buat pelanggan membeli-belah di pasar raya itu.

Pengarah Urusan AEON BiG (M), Sheikh Farouk Sheikh Mohamed berkata, proses ubah suai dijalankan selama enam bulan dan dilakukan secara berperingkat tanpa menutup operasi pasar raya tersebut.

Sheikh Farouk (tiga dari kiri) beramah mesra bersama pelanggan sempena pembukaan semula AEON BiG Valley Megamall pada Sabtu. - Foto Sinar Harian/MOHD HALIM ABDUL WAHID
Sheikh Farouk (tiga dari kiri) beramah mesra bersama pelanggan sempena pembukaan semula AEON BiG Valley Megamall pada Sabtu. - Foto Sinar Harian/MOHD HALIM ABDUL WAHID

Menurutnya, konsep baharu itu menawarkan pengalaman premium dengan mengekalkan harga mampu milik yang disesuaikan dengan kategori pelanggan termasuk B40 dan M40.

"Cawangan ini telah beroperasi sejak 1999 dan konsep baharu ini bagi memberikan kepuasan pelanggan dengan kemudahan lebih selesa melalui penggantian troli baharu serta fasiliti serba lengkap.

"Selain itu, penambahbaikan kaunter turut dilakukan dengan 30 peratus kaunter layan diri diperkenal untuk galakkan kepada pembayaran digital," katanya pada Majlis Pembukaan Semula AEON BiG Mid Valley Megamall pada Sabtu.

Sheikh Farouk (kiri) ketika lawatan sempena pembukaan semula AEON BiG Valley Megamall pada Sabtu. - Foto Sinar Harian/MOHD HALIM ABDUL WAHID
Sheikh Farouk (kiri) ketika lawatan sempena pembukaan semula AEON BiG Valley Megamall pada Sabtu. - Foto Sinar Harian/MOHD HALIM ABDUL WAHID

Perasmian disempurnakan oleh Pengarah Kanan Sektor Perdagangan Pengedaran dan Perniagaan, Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Rohaizi Bahari dan Pengarah KPDN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ariffin Samsudin.

Artikel Berkaitan:

Sheikh Farouk berkata, sempena pembukaan semula cawangan tersebut, AEON BiG Mid Valley melaksanakan jualan 'Orange Day' yang menawarkan diskaun antara 20 hingga 80 peratus.

Sheikh Farouk (tiga dari kiri) meninjau barangan jualan sempena pembukaan semula AEON BiG Valley Megamall pada Sabtu. - Foto Sinar Harian/MOHD HALIM ABDUL WAHID
Sheikh Farouk (tiga dari kiri) meninjau barangan jualan sempena pembukaan semula AEON BiG Valley Megamall pada Sabtu. - Foto Sinar Harian/MOHD HALIM ABDUL WAHID

"Tawaran ini terbuka kepada semua pelanggan di AEON BiG Mid Valley yang berlangsung selama dua hari pada 16 dan 17 Disember ini.

"Selain diskaun, 100 pelanggan terawal yang berpakaian oren akan diberikan cenderahati dan buah oren sebagai tanda sokongan kepada kempen 'Orange Day'," katanya.