AEON BiG perkenal Menu Kasih sempena Karnival Pendidikan Sinar Bestari

Antara Menu Kasih yang ditawarkan AEON BiG sempena Karnival Pendidikan Sinar Bestari pada Ahad.
Antara Menu Kasih yang ditawarkan AEON BiG sempena Karnival Pendidikan Sinar Bestari pada Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM - AEON BiG (M) Sdn Bhd (AEON BiG) memperkenalkan Menu Kasih dengan tawaran harga serendah RM2.50 kepada pengunjung sempena Karnival Pendidikan Sinar Bestari yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat hingga Ahad lalu.

Pengurus Kanan Media dan Programnya, Siti Liyana Abu Noor berkata, antara Menu Kasih yang ditawarkan sepanjang karnival itu ialah bihun goreng (RM2.50), nasi bujang (RM2.90), nasi goreng (RM4.20) dan nasi ayam teriyaki (RM6.60).

Menurutnya, selepas tamat promosi Menu Rahmah di bawah Program Payung Rahmah yang dicetuskan bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, AEON BiG menjenamakan semula menjadi Menu Kasih.

“Kami bawakan Menu Kasih ke karnival ini kerana ia berpatutan seperti harga di kantin sekolah selain pengunjung rata-rata dari kalangan pelajar yang menyerbu reruai ini. Pengunjung turut berpeluang mendapatkannya di AEON BiG Shah Alam.

“Selain itu, kami turut menjual barangan makanan dan minuman (F&B) seperti ayam goreng, roti-roti dari AEON Delica, ais krim dan snek yang dijual pada harga sama di pasar raya tersebut.

“Kami menerima maklum balas positif daripada kalangan pengunjung berkenaan produk makanan yang dijual seperti ayam goreng ini sangat murah, berpatutan dan sedap berbanding makanan segera lain,” katanya ketika ditemui di reruai AEON BiG pada Ahad.

Karnival dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) itu terbuka kepada semua pengunjung secara percuma bagi merasai sendiri pengalaman pendidikan digital selaras dengan temanya iaitu Memacu Pendidikan Generasi Digital.

AEON BiG merupakan antara 100 pempamer yang terlibat membuka reruai selain Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Petrosains di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini.

Artikel Berkaitan:

Siti Liyana (tiga dari kanan) bersama pekerja yang ditugaskan menjaga reruai sempena Karnival Pendidikan Sinar Bestari pada Ahad.
Siti Liyana (tiga dari kanan) bersama pekerja yang ditugaskan menjaga reruai sempena Karnival Pendidikan Sinar Bestari pada Ahad.

Tambah Siti Liyana, reruai AEON BiG mendapat sambutan yang hangat dan barangan jualan terpaksa ditambah setiap dua jam sekali bagi menjamin bekalan makanan tidak terputus.

“Setiap dua jam, kami akan menghantar stok makanan dan minuman di sini kerana pengunjung yang tidak henti datang selepas penat membuat pelbagai aktiviti selain cuaca yang panas.

“Pengunjung juga melebihi sasaran kami iaitu hampir 7,000 berbanding 5,000 orang selama tiga hari ia berlangsung.

Barangan makanan dan minuman AEON BiG yang mendapat sambutan hangat pengunjung di Karnival Pendidikan Sinar Bestari pada Ahad.
Barangan makanan dan minuman AEON BiG yang mendapat sambutan hangat pengunjung di Karnival Pendidikan Sinar Bestari pada Ahad.

“Sambutan sangat menakjubkan kerana pada hari pertama sahaja sudah 75 bas datang.

“Ia peluang yang sangat baik untuk AEON BiG ketengahkan produk dan jenama kami kepada orang ramai serta saya berharap kami dapat menyertainya lagi pada masa akan datang,” ujarnya.