Suami bimbang 'dimadukan' isteri

Gambar hiasan 123RF
Gambar hiasan 123RF
A
A
A

KEPUTUSAN Mahkamah Persekutuan Putrajaya yang menetapkan kes lelaki menggoda isteri orang, mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan tidak lagi boleh diguna pakai dan dimansuhkan menimbulkan perdebatan di media sosial.

Lebih melucukan, golongan suami juga meluahkan perasaan bimbang 'dimadukan' isteri gara-gara pikat wanita yang telah bersuami bukan lagi satu jenayah.

Apabila ia dimansuhkan, tindakan itu mungkin akan dinormalisasikan kerana tiada sebarang hukuman yang boleh disabitkan sehingga menggugat rumah tangga orang lain.

Hal ini kerana pada Mac lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan permohonan seorang lelaki untuk merujuk persoalan undang-undang kepada Mahkamah Persekutuan untuk diputuskan.

Panel berkenaan turut dianggotai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Mohamad Zabidin Mohd Diah, Datuk Harmindar Singh Dhaliwal, Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil.

Lelaki berusia 53 tahun itu didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 2020 atas pertuduhan menggoda isteri orang di sebuah pangsapuri di Selangor pada 2018 selepas suami wanita terbabit membuat laporan polis.

Melihat kepada pandangan orang awam pula, rata-rata mengatakan hukum menggoda isteri orang adalah haram dan ia perlu dicegah daripada berleluasa sekiranya mampu menjejaskan akidah.

Orang ramai mungkin dengan sewenang-wenangnya menjadikan perkara serius itu sebagai perihal remeh atau tidak penting untuk dilaporkan kepada polis.

Artikel Berkaitan:

Meskipun undang-undang sivil tidak menyebabkan seorang lelaki boleh dihukum sekiranya memikat isteri orang, namun sebagai umat Islam kita harus berpegang kepada hukum ALLAH.

Kesimpulannya, setialah kepada isteri atau suami masing-masing, jangan sesekali cuba untuk memikat hak orang lain.