Keputusan cemerlang STAM 2025 bukti keberkesanan kurikulum baharu

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek (belakang, lapan dari kanan) meraikan pelajar SAM Bandar Baru Salak Tinggi menerima keputusan cemerlang STAM 2025 pada Khamis.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek (belakang, lapan dari kanan) meraikan pelajar SAM Bandar Baru Salak Tinggi menerima keputusan cemerlang STAM 2025 pada Khamis.
A
A
A

KEPUTUSAN Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2025 yang mencatatkan prestasi cemerlang mencerminkan perkembangan positif dalam sistem pendidikan agama negara.

Ia secara tidak langsung memberi impak positif terhadap masa depan pendidikan dan peluang pekerjaan graduan kerajaan agama.

Berdasarkan laporan Kementerian Pendidikan (KPM), peperiksaan STAM mencatatkan 98.7 peratus kehadiran calon dengan 2,816 calon layak menerima Sijil Tinggi Agama Malaysia manakala 61 calon memperoleh pangkat Mumtaz (cemerlang) dalam semua mata pelajaran.

Prestasi ini hasil keberkesanan pelaksanaan kurikulum baharu dan komitmen tinggi calon terhadap pencapaian akademik tinggi.

STAM 2025 turut menandakan pertama kali pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) di peringkat Menengah Atas dan Tingkatan Enam Dini, yang menunjukkan kualiti silibus pendidikan agama semakin diperkasa.

Keupayaan calon menguasai mata pelajaran utama seperti Hifz al‑Quran dan Tajwid serta Hadith dan Mustolah turut menguatkan fakta kurikulum ini membentuk graduan dengan asas ilmu agama yang lebih mantap.

Prestasi baik STAM berpotensi membuka laluan kerjaya yang lebih luas kepada graduan agama dalam sektor pendidikan, baitulmal, institusi pengajian tinggi dan sektor bukan kerajaan yang memerlukan kepakaran agama.

Ia juga selari dengan pendekatan KPM yang turut membuka peluang ke pendidikan tinggi melalui laluan selain STAM, sambil mengukuhkan asas pelajar dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di sekolah berasrama penuh (SBP).

Melihat kepada konteks lebih luas, kejayaan STAM perlu diikuti dengan penambahbaikan berterusan dalam sistem pendidikan negara, termasuk memperkukuh penyelarasan antara pendidikan agama dan peluang pekerjaan moden.

Artikel Berkaitan:

Kursus berkaitan pedagogi dan latihan vokasional mungkin boleh dipertimbangkan bagi memberi graduan agama kemahiran tambahan untuk meningkatkan kebolehpasaran dalam pasaran kerja kompetitif.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!