Pencemaran sungai di Selangor berlaku lagi

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KLANG - Penduduk berhampiran longkang besar Masjid As-Salam Bukit Sentosa, Hulu Selangor di sini gempar selepas pelepasan air yang kelihatan berbuih dan ada ikan yang mati malam tadi.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menerusi kenyataan memaklumkan lokasi pelepasan tersebut terletak sejauh 19.9 kilometer daripada loji pembersihan air (LPA) terdekat iaitu LPA Rantau Panjang melalui Sungai Guntong.

"Siasatan yang dijalankan oleh LUAS, Air Selangor, Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) mengesyaki keadaan itu berpunca daripada pembuangan sisa bahan 'glycerine' oleh pihak tidak bertanggungjawab ke manhole (lubang pemeriksaan kabel bawah tanah) pembetung awam IWK di Kawasan Perindustrian Bukit Sentosa.

"Ini menyebabkan sisa air berbuih berwarna putih di kawasan longkang berhampiran sebelum memasuki Sungai Guntong," katanya.

Kenyataan itu juga menyebut, pihak IWK diarahkan melakukan kerja-kerja pembersihan pada 'manhole' terlibat dengan segera.

"Pensampelan dilakukan oleh LUAS dan Air Selangor di lokasi pencemaran. Sehingga jam 10 pagi tadi pencemaran Loji Sungai Selangor SSP 1,2 dan 3 Rantau Panjang dapat dielakkan" katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, IWK dikenakan arahan di bawah Seksyen 121 Enakmen LUAS 1999 supaya memastikan tiada pelepasan bahan pencemaran dari manhole berkenaan ke sungai berhampiran.

Artikel Berkaitan: