Polis bongkar kegiatan pengedaran ketum

Kelakuan mencurigakan dua individu menaiki sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) berdekatan Jalan SS 21/1 Damansara Utama dekat sini membongkarkan kegiatan pengedaran air ketum menerusi pemeriksaan pada Rabu. Antara bungkusan plastik berisi daun ketum yang dirampas menerusi pemeriksaan kenderaan utiliti sukan (SUV) berdekatan Jalan SS 21/1 Damansara Utama dekat sini pada Rabu.

A
A
A

PETALING JAYA - Kelakuan mencurigakan dua individu yang menaiki sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) berdekatan Jalan SS 21/1 Damansara Utama dekat sini membongkarkan kegiatan pengedaran air ketum menerusi pemeriksaan pada Rabu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintenden M Hussein Sollehuddin Zolkifly berkata, tiga suspek lelaki warga tempatan itu ditahan anggota polis daripada Unit Pencegahan Jenayah Balai Polis Damansara kira-kira jam 9.10 malam.

Beliau berkata, kedua-dua suspek berumur 31 tahun dan 38 tahun itu ditahan ketika didapati berada dalam keadaan mencurigakan dalam sebuah kenderaan jenis Honda CRV.

"Pemeriksaan kemudiannya menemui lima plastik berwarna hitam yang mengandungi daun ketum dengan anggaran berat 100 kilogram.

"Selain itu, pemeriksaan dalam but kenderaan berkenaan menemui 15 plastik hitam mengandungi daun ketum dengan anggaran berat 300 kilogram," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

M Hussein Sollehuddin berkata, jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai kira-kira RM2,000 dan semakan mendapati salah seorang suspek memiliki lima rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah.

"Hasil analisa mendapati kesemua daun ketum yang dirampas ini boleh dibekalkan kepada 300 individu.

"Kedua-dua suspek direman empat hari untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 30(3)Akta Racun 1952 (Pindaan 1980)," katanya.

Artikel Berkaitan: