Lima maut dalam insiden tanah runtuh

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

TAIYUAN - Lima orang maut dalam insiden tanah runtuh di lombong arang batu kok dalam Wilayah Shanxi yang terletak di utara China pada Ahad, lapor agensi berita Xinhua memetik kenyataan pihak berkuasa tempatan pada Isnin.

Insiden tanah runtuh itu berlaku sekitar tengah malam di lombong arang batu kok milik Datong Coal Mine Group Co Ltd di Shuozhou, yang menyebabkan enam orang terperangkap, menurut kenyataan Jabatan Publisiti bandar itu.

Mangsa yang terperangkap berjaya dikeluarkan dan telah dikejarkan ke sebuah hospital tempatan. Lima daripada mereka meninggal dunia di hospital manakala seorang lagi berada dalam keadaan stabil.

Satu siasatan berhubung punca nahas sedang dijalankan. - Bernama

Artikel Berkaitan: