Balu polis terima sumbangan

Nurunnisa terima sumbangan tersebut disampaikan Che Zakaria.
Nurunnisa terima sumbangan tersebut disampaikan Che Zakaria.
A
A
A

SEREMBAN - Balu anggota polis yang terkorban ketika mempertahankan negara dalam operasi menentang pengganas Sulu enam tahun lalu menerima sumbangan daripada Tabung Kutipan Ops Daulat.

Balu kepada Allahyarham Sarjan Mejar Sabaruddin Daud, Nurunnisa Abu Bakar, 48, berkata, dia terkejut ketika dimaklumkan menerima sumbangan yang dilancarkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Nurunnisa yang mempunyai tiga anak hasil perkongsian hidup dengan Sabaruddin terharu kerana masyarakat tidak melupakan jasa Allahyarham Sarjan Mejar Sabaruddin.

"Terima kasih kepada semua pihak yang masih mengingati waris anggota polis yang terkorban ketika Ops Daulat. Ini membuktikan rakyat terutama di Sabah menghargai perjuangan arwah dan anggota polis lain yang terkorban," katanya.

Nurunnisa berkata demikian kepada pemberita selepas menerima sumbangan berjumlah RM6,135 daripada Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Che Zakaria Othman di kediamannya di di Taman Senawang Perdana di sini.

Menurutnya, walaupun dia sudah berpindah ke Negeri Sembilan tetapi ramai yang masih mencarinya untuk menyampaikan sumbangan.

Sementara itu, Che Zakaria berkata, Allahyarham Sabaruddin dari unit komando 69 Ulu Kinta, Perak terkorban ketika bertempur dengan pengganas Sulu dalam Ops Daulat yang pertama pada 1 Mac 2013.

"Walaupun sudah enam tahun berlalu tetapi kita masih mengambil berat mengenai kebajikan balu bekas pejuang tanah air ini.

Artikel Berkaitan:

Sumbangan ini adalah inisiatif untuk membantu balu anggota dan pegawai polis yang terkorban dengan membuat kutipan di pasar tani," katanya.

Menurutnya, semua balu anggota polis yang terkorban ketika Ops Daulat menerima sumbangan daripada itu.