Jumlah miskin tegar di Kelantan catat penurunan

Jasri (dua dari kanan) melawat peniaga di Pasar Kubang Pasu sempena Program Jelajah e-Kasih@ Kota Lama, di sini pada Sabtu.
Jasri (dua dari kanan) melawat peniaga di Pasar Kubang Pasu sempena Program Jelajah e-Kasih@ Kota Lama, di sini pada Sabtu.
A
A
A

KOTA BHARU - Bantuan bulanan oleh pelbagai agensi atau jabatan dapat membantu golongan miskin tegar di negeri ini mengubah kehidupan mereka menjadi lebih baik.

Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) negeri Kelantan, Jasri Kasim berkata, hasil kemas kini November lalu mendapati bilangan kemiskinan tegar berkurangan.

"Sebahagian mereka boleh dikategorikan terkeluar daripada miskin tegar kerana pada awal tahun, seramai 12,280 mendaftar e-kasih tetapi pada November, jumlah pendaftaran hanya 7,353 individu sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Jelajah e-Kasih@ Kota Lama, di sini pada Sabtu.

Jasri juga memberitahu, dalam tempoh itu juga, golongan miskin yang dicatatkan berdaftar dengan e-kasih ialah seramai 58,680 manakala miskin tegar 9,556 orang.

Tambah Jasri lagi, daerah Kota Bharu direkodkan sebagai kawasan paling tinggi golongan miskin tegar berbanding daerah lain di negeri ini.

Jelas beliau, peluang pekerjaan melalui program Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) turut membantu golongan itu meningkatkan pendapatan isi rumah yang dikategorikan miskin tegar, sekali gus dapat mempunyai melepasi garis kemiskinan.

Sebelum itu, Jasri menyertai Kayuhan Madani dan singgah menyantuni peniaga di Pasar Kubang Pasu.

Artikel Berkaitan:

Beliau turut menyerahkan replika cek berjumlah RM150,000 kepada Setiausaha Kawasan Jawatankuasa Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Ahmad Pauzi Shafai untuk menaik taraf pasar berkenaan.