Remaja mengaku tidak salah liwat sepupu usia enam tahun

Tertuduh (kiri) yang juga merupakan pesalah juvana didakwa mengikut Seksyen 377 C Kanun Keseksaan.
Tertuduh (kiri) yang juga merupakan pesalah juvana didakwa mengikut Seksyen 377 C Kanun Keseksaan.
A
A
A

KEMAMAN - Seorang remaja lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas pertuduhan meliwat sepupu lelakinya yang berusia enam tahun.

Tertuduh yang berusia 13 tahun itu membuat pengakuan tersebut dan memohon dibicarakan selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan kanak-kanak tersebut di sebuah rumah di daerah ini kira-kira jam 12.23 tengah hari pada 25 November lepas.

Tertuduh yang juga merupakan pesalah juvana didakwa mengikut Seksyen 377 C Kanun Keseksaan.

Sharifah Amirda Shasha membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan iaitu tertuduh tidak boleh mendekati serta menggangu mangsa.

Mahkamah menetapkan 3 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sebelum ini, ibu mangsa yang juga ibu saudara kepada suspek itu membuat laporan polis pada 26 November lalu selepas mendapati anaknya diliwat.

Susulan itu, polis telah menahan suspek selepas menerima laporan daripada ibu mangsa berkenaan perbuatan terkutuk tersebut.

Artikel Berkaitan: