Video lama insiden lelaki dikasari di madrasah kembali ditularkan

Ada pihak tidak bertanggungjawab menularkan kembali video lama yang memaparkan insiden lelaki dikasari di sebuah madrasah di Lipis di aplikasi X pada Isnin. Gambar kecil: Azli Mohd Noor
Ada pihak tidak bertanggungjawab menularkan kembali video lama yang memaparkan insiden lelaki dikasari di sebuah madrasah di Lipis di aplikasi X pada Isnin. Gambar kecil: Azli Mohd Noor
A
A
A

LIPIS - Satu rakaman kejadian yang memaparkan beberapa individu mengasari seorang lelaki di sebuah madrasah di sini dikesan kembali ditularkan di media sosial oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd Noor memberitahu, pihak polis mengesan satu video berdurasi 1 minit 19 saat telah dimuat naik oleh pemilik akaun X, @Mulfti yang memaparkan insiden tersebut pada Isnin.

Menurutnya, hasil semakan pihak polis mendapati video tersebut adalah video lama yang ditularkan kembali.

"Kejadian tersebut telah berlaku pada 11 Ogos 2022 di Pusat Tahfiz Darul Fikriah Mahmudiah dekat sini.

"Susulan kes tersebut, PDRM Lipis telah menjalankan siasatan dan melakukan tangkapan ke atas lima suspek. Suspek juga telah dituduh di mahkamah di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 448 KK kerana menceroboh kawasan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Dalam pada itu, beliau mengharapkan agar video terbabit tidak lagi disebarkan oleh mana-mana pihak.

"Untuk segala pertanyaan, orang ramai boleh berhubung terus ke Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis di talian 09-3121999," ujarnya.

Artikel Berkaitan: