DUN Johor kutuk Israel sambung serangan ke atas Gaza

Sidang DUN Johor mengutuk Israel sambung serangan ke atas Gaza selepas gencatan senjata.
Sidang DUN Johor mengutuk Israel sambung serangan ke atas Gaza selepas gencatan senjata.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada Ahad mengutuk tindakan Israel yang mahu menyambung semula serangan ke atas Gaza, selepas tujuh hari gencatan senjata.

Speaker Dewan Undangan Negeri Johor ,Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, seramai 178 rakyat Palestin terkorban termasuk kanak-kanak selepas rejim Zionis menyerang sebaik sahaja berakhir gencatan senjata.

MOHD PUAD
MOHD PUAD

“Kita mengutuk tindakan kejam rejim zionis bersetuju dengan gencatan senjata (disifatkan) muslihat untuk mendapatkan pembebasan tawanan Israel di Gaza,” katanya ketika berucap pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, pada Ahad.

Sesi penggulungan sidang DUN Johor, pada Ahad, menerima kunjungan seramai 15 pemerhati terdiri daripada mahasiswa Palestin.

Sementara itu, kerajaan negeri memberi jaminan bahawa 100 peratus sumbangan yang diterima dalam kempen solidariti Palestin akan disalurkan kepada penduduk Gaza.

Jaminan itu diberikan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd. Fared Mohd. Khalid yang menyatakan sumbangan tersebut disampaikan pihaknya melalui Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin kelolaan Kementerian Luar Negeri.

Katanya setakat 19 November lalu, pihaknya telah menyerahkan sejumlah RM2.58 juta sumbangan rakyat negeri ini.

Artikel Berkaitan:

"Alhamdulillah, 100 peratus kutipan kita terima disampaikan kepada kementerian, dan saya yakin jumlah itu juga sampai kepada penduduk Gaza sepenuhnya.

"Saya seru rakyat Johor supaya terus salurkan sumbangan kepada tabung Palestin dibawah Kementerian Luar Negeri Malaysia berbanding mana-mana pertubuhan atau orang perseorangan yang mendakwa ada akses ke Gaza atau Tebing Barat.

"Kita mesti yakin dengan kementerian kita dan itulah yang kerajaan Johor lakukan," katanya selepas menerima sumbangan daripada penduduk Felda Pengeli Timur yang disampaikan Pengerusi Masjid Darun Nadwa, Saiddin Othman.

Sebelum tujuh hari gencatan senjata bermula, seramai lebih 20,000 rakyat Palestin terkorban akibat serangan rejim Israel pada 7 Oktober lalu.