Israel sambung operasi darat ke atas seluruh Semenanjung Gaza

Tentera Israel menyambung operasi pada Jumaat selepas gencatan senjata seminggu tamat. - Foto Xinhua
Tentera Israel menyambung operasi pada Jumaat selepas gencatan senjata seminggu tamat. - Foto Xinhua
A
A
A

JURUCAKAP tentera Zionis mengesahkan ia kini memulakan semula operasi darat memburu Hamas di seluruh Semenanjung Gaza.

Daniel Hagari mendakwa, tentera Israel berjaya memburu pejuang Hamas dan membunuh mereka.

"Tentera Israel meneruskan operasi ketenteraan darat ke atas Hamas di seluruh Semenanjung Gaza.

"Operasi tertumpu kepada semua pusat pejuang Hamas. Tentera Israel bersemuka dengan pejuang Hamas dan membunuh mereka," katanya.

Tentera Israel menyambung operasi pada Jumaat selepas gencatan senjata seminggu tamat.

Selepas utara Gaza, Zionis kini menumpukan serangan di kawasan selatan Gaza.

Sebelum ini sebahagian besar populasi Gaza melarikan diri ke kawasan itu. - Awani

Artikel Berkaitan: