178 orang awam terbunuh sejak serangan semula Israel di Gaza

Gambar diambil dari selatan Israel berhampiran sempadan Semenanjung Gaza menunjukkan asap berepul dari bangunan selepas serangan Israel pada Jumaat. - Foto AFP
Gambar diambil dari selatan Israel berhampiran sempadan Semenanjung Gaza menunjukkan asap berepul dari bangunan selepas serangan Israel pada Jumaat. - Foto AFP
A
A
A

GAZA - Sejumlah 178 orang awam, termasuk kanak-kanak dan wanita terbunuh serta 289 yang lain cedera sejak tentera penceroboh Israel melancarkan semula serangan di Semenanjung Gaza pada pagi Jumaat.

Hospital Kamal Adwan di bandar utara Beit Lahia menerima lebih 54 mayat, lapor Agensi Berita WAFA.

Selain itu, 30 lagi mangsa yang terkorban, terutamanya kanak-kanak dan wanita dihantar ke Hospital Baptist di Gaza.

Hospital di bahagian selatan juga dilaporkan menerima puluhan lagi mangsa.

Tentera penceroboh Israel meneruskan serangan di Semenanjung Gaza pada Jumaat, hanya beberapa minit selepas berakhirnya jeda kemanusiaan. - Bernama/WAFA

Artikel Berkaitan: