'Mimpi ngeri' kembali hantui mangsa perang

Israel lancarkan api sebagai isyarat pertempuran disambung semula selepas tamatnya gencatan senjata tujuh hari antara Israel dan pejuang Hamas, di Khan Yunis, selatan Semenanjung Gaza pada Jumaat. - Foto AFP
Israel lancarkan api sebagai isyarat pertempuran disambung semula selepas tamatnya gencatan senjata tujuh hari antara Israel dan pejuang Hamas, di Khan Yunis, selatan Semenanjung Gaza pada Jumaat. - Foto AFP
A
A
A

SUSULAN pelancaran peperangan selepas tempoh gencatan senjata berakhir hanya mengundang mimpi ngeri buat mangsa khususnya orang awam, kata Ketua Pengarah Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah, Robert Mardini kepada CNN.

“Mimpi ngeri kembali menghantui orang awam di wilayah konflik ini.

"Penduduk Gaza sudah tentu (lebih merasainya), namun demikian rakyat Israel di barisan hadapan juga tidak terkecuali,” kata Mardini kepada penyampai CNN, Becky Anderson.

"Dan selepas tujuh hari gencatan senjata sementara telah memberikan perbezaan yang sangat besar dalam konteks sokongan kemanusiaan kepada golongan yang amat memerlukan, namun kini dicabar pula dengan pertempuran semula,” tegasnya.

Dalam wawancara itu, Mardini menegaskan, kepentingan memberi harapan terhadap satu lagi fasa gencatan senjata.

“Kita perlu sentiasa memastikan harapan itu sentiasa ada.

"Jangan sesekali kita lupa bahawa sudah berlalu tujuh hari penuh gencatan senjata.

“Terdapat cahaya harapan. Juga terdapat nilai kemanusiaan di tengah-tengah kekalutan dan konflik.

Artikel Berkaitan:

"Bahkan, perundangan antarabangsa juga diguna pakai apabila operasi ini dilaksanakan selepas berlaku rundingan antara pihak-pihak terlibat,” jelasnya.

Dalam masa sama, Mardini berkata, kedua-dua pihak yang terlibat dalam konflik perlu bekerja keras untuk melindungi orang awam kerana itu adalah tanggungjawab moral mereka. - Awani/Agensi