Kapal persiaran berlanggar kapal kontena di pelabuhan

Sebuah kapal persiaran berlanggar dengan kapal kontena ketika meninggalkan pelabuhan. Foto Agensi
Sebuah kapal persiaran berlanggar dengan kapal kontena ketika meninggalkan pelabuhan. Foto Agensi
A
A
A

BREMERHAVEN (Jerman) - Sebuah kapal persiaran berlanggar dengan kapal kontena ketika meninggalkan pelabuhan di bandar Bremerhaven, Jerman pada Ahad, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Pengendali kapal persiaran TUI Cruises mengesahkan bahawa kapalnya, Mein Schiff 3 terbabit dalam pelanggaran itu ketika berlepas dari pelabuhan berkenaan.

Menurut syarikat itu, kapal persiaran berkenaan telah kembali ke dermaga bagi menjalani pemeriksaan untuk menilai tahap kerosakan.

"Berdasarkan maklumat terkini yang kami terima, tiada kecederaan dilaporkan. Kami akan memberikan maklumat lanjut sebaik sahaja memperoleh hasil pemeriksaan yang dapat disahkan," menurut TUI Cruises.

Polis turut memaklumkan bahawa setakat ini, pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai kecederaan. - Bernama-dpa

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!