Askar Marin AS didakwa bunuh wanita di Jepun

TOKYO - Pendakwa raya Jepun mendakwa seorang anggota Kor Marin Amerika Syarikat (AS) atas tuduhan membunuh seorang wanita di Okinawa, menurut jurucakap mahkamah pada Isnin.
Akhbar Yomiuri Shimbun memetik dokumen pendakwaan melaporkan suspek berusia 20 tahun itu didakwa mencekik wanita dari Naha menggunakan wayar telefon di sebuah hotel pada 3 Oktober lalu.
Pelaku turut dituduh mencuri beg galas milik mangsa yang mengandungi dompet dan barangan peribadi lain.
Sebelum ini, anggota Marin itu menafikan dakwaan berkenaan, namun kenyataan terbaharunya didakwa membayangkan penglibatannya dalam kes itu.
Perdana Menteri, Sanae Takaichi menyifatkan kejadian itu sebagai ‘jenayah kejam’, sekali gus mencetuskan semula perdebatan mengenai kehadiran besar-besaran tentera AS di Okinawa. Difahamkan, Washington menempatkan kira-kira 54,000 askar di pulau selatan Jepun itu.
Sementara itu, Menteri Luar, Toshimitsu Motegi berkata, pihak berkuasa sedang menyemak semula kod tatakelakuan askar AS di luar pangkalan tentera susulan kes pembunuhan tersebut.
Pada tahun lalu, sebuah mahkamah di Tokyo menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun terhadap seorang anggota Marin AS yang didakwa mencekik dan cuba merogol seorang wanita berusia lingkungan 20-an. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

