14 warga Palestin terbunuh selepas dua jam jeda kemanusiaan tamat

Serangan udara Israel di Semenanjung Gaza. Foto: AFP
Serangan udara Israel di Semenanjung Gaza. Foto: AFP
A
A
A

ISTANBUL - Sekurang-kurangnya 14 rakyat Palestin terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam serangan udara Israel di Semenanjung Gaza yang dikepung, sejurus selepas jeda kemanusiaan berakhir pada pagi Jumaat.

"Dalam tempoh dua jam selepas jeda kemanusiaan tamat, angka kematian rakyat Palestin dalam serangan Israel meningkat kepada 14 orang.

"Berpuluh-puluh orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak cedera,” lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Kementerian Kesihatan di Gaza.

Serangan udara Israel di Semenanjung Gaza. Foto: AFP
Serangan udara Israel di Semenanjung Gaza. Foto: AFP

Jeda kemanusiaan antara Israel dan Hamas yang berkuat kuasa pada 24 Nov berakhir pada pagi Jumaat.

Serangan bertubi-tubi dan tembakan meriam tentera penceroboh Israel di timur Semenanjung Gaza bermula sejurus selepas jeda kemanusiaan berakhir, menurut wartawan Anadolu di lapangan. - Bernama

Artikel Berkaitan: