RUU GEG: Pembangkang tunggu jawapan Menteri Kesihatan

Peruntukan berkaitan larangan penjualan produk tembakau dan rokok serta larangan merokok digugurkan daripada RUU berkenaan yang dibentangkan sekali lagi untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada Selasa. - Gambar hiasan (Gambar kecil dari kiri: Ahmad Fadhli, Wan Ahmad Fayhsal)
Peruntukan berkaitan larangan penjualan produk tembakau dan rokok serta larangan merokok digugurkan daripada RUU berkenaan yang dibentangkan sekali lagi untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada Selasa. - Gambar hiasan (Gambar kecil dari kiri: Ahmad Fadhli, Wan Ahmad Fayhsal)
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan tindakan ahli Parlimen kerajaan yang dilihat tidak berminat untuk membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 di Dewan Rakyat.

Ketua Penerangan Pas itu berkata, daripada 21 ahli Parlimen yang membahaskan RUU berkenaan, hanya lapan daripadanya mewakili kerajaan.

"Sudahlah peruntukan GEG (generasi penamat) dikeluarkan, ahli Parlimen kerajaan pun kurang berminat nak bahas. Kerajaan hari ini ialah kerajaan cacamerba, entah apa nak jadi," katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Rabu.

Peruntukan berkaitan larangan penjualan produk tembakau dan rokok serta larangan merokok digugurkan daripada RUU berkenaan yang dibentangkan sekali lagi untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada Selasa.

Berdasarkan RUU tersebut, terdapat empat peruntukan berkaitan larangan dikenakan terhadap individu yang lahir pada 1 Januari 2007 dan seterusnya.

Ia merangkumi Perkara 13, 14, 18 dan 19, iaitu larangan penjualan produk tembakau, bahan merokok, merokok produk tembakau dan merokok produk pengganti tembakau.

Sementara itu Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, pembangkang menunggu jawapan daripada Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa bagi mengetahui perkembangan selanjutnya.

"Jelutong (RSN Rayer) pertahankan RUU yang sudah tiada GEG ini. Ramai ahli parlimen sudah kritik.

Artikel Berkaitan:

"Kami menunggu jawapan Menteri Kesihatan esok selepas berdas-das kritikan diberikan tadi," ujarnya.