'Kalau ada kos tambahan, ganti Mercedes Benz bukan praktikal' - Ahmad Fadhli

Ahmad Fadhli
Ahmad Fadhli
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Sekiranya terdapat kos tambahan melibatkan wang pembayar cukai, tindakan mengganti kereta mewah, Mercedes Benz dengan yang lain menyebabkan perkara berkenaan menjadi bukan praktikal.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, bukan Kelantan sahaja menggunakan kereta Mercedes Benz untuk kegunaan rasmi pimpinan negeri, tetapi Pulau Pinang juga menggunakan kenderaan tersebut.

“Kalau mempunyai pilihan buat perolehan baru, saya setuju cari lain. Jika sebut kereta ini, bukan Kelantan sahaja tetapi Pulau Pinang pun beli untuk Ketua Menteri mereka.

“Kenapa tak tanya Ketua Menteri ini? Tentu jawapan anda, ia cuma tugas Pas dan bukan DAP, begitu ke? Kalau kita boikot A, orang akan tanya kenapa bukan B atau C?

“Kita juga dah ada telefon pintar, iPhone. Adakah kena jual atau buang dan beli lain? Kalau nampak orang masih makan produk yang kita boikot pula, saya tak setuju hakimi mereka ini sokong Israel kerana ia melibatkan naluri masing-masing,“ katanya dalam video yang dimuat naik di Facebook pada Khamis.

Media pada Isnin melaporkan, Ahli Parlimen Kampar, Chong Zhemin menyindir kerajaan pimpinan Pas di Kelantan berhubung isu boikot produk syarikat yang menyokong Israel ketika persidangan di Dewan Rakyat.

Zhemin mengambil kesempatan itu ketika membahaskan topik dietetik dan sajian pada sesi perbahasan peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kesihatan (KKM).

Tambah Ahmad Fadhli, seseorang individu itu tidak boleh dihakimi sebagai menyokong Israel hanya disebabkan mereka masih memakai, makan atau menggunakan produk yang memihak kepada negara berkenaan.

Artikel Berkaitan:

“Mungkin mereka mempunyai pertimbangan dan sudut pemikiran yang tersendiri dalam usaha memboikot produk berkenaan.

“Apa yang saya maksudkan, kita tak boleh hakimi seseorang dan menuding jari. Sampai bila pun usaha boikot ini tidak berlaku,” ujarnya.