Israa Jaabis akhirnya bebas

Gambar Israa Jaabis dan anak lelakinya sebelum kemalangan dan selepas pembebasannya dari penjara Israel.
Gambar Israa Jaabis dan anak lelakinya sebelum kemalangan dan selepas pembebasannya dari penjara Israel.
A
A
A

RAMALLAH - “Saya berasa takut setiap kali melihat wajah saya di cermin. Jadi, bayangkan apa yang difikirkan orang lain apabila mereka melihat saya,"

Itulah kata-kata Israa Jaabis, seorang ibu dari Baitulmaqdis Timur yang telah dihantar ke Hasharon, satu-satunya penjara Israel untuk tahanan wanita Palestin.

Israa dihukum penjara atas tuduhan membunuh selepas Israel menuduhnya cuba meletupkan keretanya di pos pemeriksaan.

Dia menghabiskan tujuh tahun di penjara Israel daripada jumlah hukuman 11 tahun dan dibebaskan pada Sabtu.

Wanita berusia 37 tahun itu menafikan tuduhan Israel, sebaliknya mendakwa kejadian letupan itu berpunca daripada masalah teknikal.

Israa dihukum penjara 11 tahun atas tuduhan keganasan dan cubaan membunuh.
Israa dihukum penjara 11 tahun atas tuduhan keganasan dan cubaan membunuh.

Pada 11 Oktober 2015, Jaabis dalam perjalanan ke rumahnya di Baitulmaqdis, apabila silinder gas di dalam keretanya meletup dan menyebabkan kenderaan itu terbakar.

Kejadian itu menyebabkan Jaabis melecur tahap ketiga yang melibatkan 60 peratus anggota badannya termasuk muka dan tangan.

Artikel Berkaitan:

Lapan daripada jarinya terpaksa dipotong kerana melecur teruk dan Israa bergantung kepada rakan tahanan lain untuk membantunya melakukan tugasan mudah.

Menurut Israa, menerusi surat pembebasan kepada peguamnya menyatakan bahawa dia tidak menerima rawatan perubatan yang mencukupi daripada Sistem Penjara Israel (IPS).

Berdasarkan versi pihak berkuasa Israel, tentera menjerit ke arah Israa bagi memaksanya memberhentikan kereta dipandunya sebelum ia terbabas dan meletup.

“Versi Israel ialah dia cuba meletupkan keretanya di pusat pemeriksaan, tetapi bagaimana boleh berlaku apabila tingkap kereta itu semuanya utuh?” kata Mona Jaabis, saudara perempuan Israa.

Israa dibebaskan dalam perjanjian pertukaran tahanan antara Israel dan Hamas.
Israa dibebaskan dalam perjanjian pertukaran tahanan antara Israel dan Hamas.

“Bahagian luar kereta itu tidak bertukar warna pun. Dan seandainya terjadi letupan, sudah tentu tubuh Israa berkecai.

“Kemalangan itu berpunca daripada masalah teknikal kerana terdapat sentuhan elektrik yang menjejaskan beg udara dalam stereng, dan bahan kimia dalam beg udara menyebabkan kebakaran,” kata Mona.

Kumpulan hak banduan Palestin, Addameer berkata, kerosakan itu menyebabkan sebuah silinder gas meletup.

“Kereta Israa tidak diperiksa selepas kejadian itu oleh pihak berkuasa Israel,” kata Addameer.

Terdahulu, sebelum dibebaskan polis Israel mengenakan beberapa syarat terhadap Israa, termasuk wartawan tidak dibenarkan mengadakan liputan pada saat pembebasannya.

Selain itu, rejim Zionis membuat sekatan ketat termasuk melarang majlis bagi meraikan ketibaan Israa di kediamannya di Baitulmaqdis Timur. - Agensi