Contohi perjuangan akidah Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi

Orang ramai yang hadir pada Konvensyen Sunnah ke-11 ‘Pemikiran Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi dalam Pembentukan Negara Madani’ anjuran al-qayyim yang berlangsung di Dewan Bahasa Pustaka, Kuala Lumpur pada Ahad. - Foto Sinar Harian/MOHD RAFIQ REDZUAN (Gambar kecil: Mohamad Syafiq)
Orang ramai yang hadir pada Konvensyen Sunnah ke-11 ‘Pemikiran Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi dalam Pembentukan Negara Madani’ anjuran al-qayyim yang berlangsung di Dewan Bahasa Pustaka, Kuala Lumpur pada Ahad. - Foto Sinar Harian/MOHD RAFIQ REDZUAN (Gambar kecil: Mohamad Syafiq)
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Tokoh cendekiawan Islam dunia, Profesor Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi mementingkan aspek akidah sebagai perkara utama dalam perjuangan keilmuan sepanjang hidupnya.

Pendakwah bebas, Ustaz Mohamad Syafiq Osman berkata, pejuang kenegaraan itu jelas terlihat apabila Syeikh Dr Yusuf dilantik menjadi Mufti di Qatar, beliau tegas mengkritik pendakwah-pendakwah kerana meninggalkan tajuk utama iaitu perbincangan mengenai akidah.

Menurutnya, ramai orang mengambil berat tentang perkara ranting dan cabang dalam agama namun mereka lupa atau lalai untuk menegaskan urusan asas iaitu akidah.

“Pada zaman ini terdapat pemikiran yang beranggapan bahawa perbincangan akidah itu hanya akan memecahbelahkan masyarakat.

“Perkara ini ditolak oleh Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi, kerana berpendapat agama ini tertegak dengan akidah, malah perbincangan dan perbandingan agama tidak akan sempurna jika sekiranya tidak dilakukan perbincangan dengan bab akidah.

“Bab akidah dan ibadah sesuatu yang ditetapkan oleh ALLAH SWT, maka kita tidak akan dapati bahawa ada kebenaran dalam akidah atau pun ibadah selain yang kita terima daripada Rasulullah SWT,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis Konvensyen Sunnah ke-11 ‘Pemikiran Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi dalam Pembentukan Negara Madani’ anjuran Pertubuhan Kebajikan al-qayyim yang berlangsung di Dewan Bahasa Pustaka, Kuala Lumpur pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

Dari kiri: Mohamad Syafiq, Muhammad Anwar, Abu Hafiz dan Mohamad Salman. - Foto Sinar Harian/MOHD RAFIQ REDZUAN
Dari kiri: Mohamad Syafiq, Muhammad Anwar, Abu Hafiz dan Mohamad Salman. - Foto Sinar Harian/MOHD RAFIQ REDZUAN

Turut menjadi panelis Pensyarah Kanan, Jabatan Bahasa & Kesusasteraan Arab, Kalliyyah Ilmu Wahyu & Sains Kemanusiaan UIAM, Dr Muhammad Anwar Ahmad dan Ketua Program Bahasa Arab, Qatar Debate Centre, Ustaz Mohamad Salman Mohamed Ali manakala Pensyarah Kanan, Jabatan Quran dan Sunnah UIAM, Dr Abu Hafiz Salleh Hudin bertindak selaku moderator.

Konvensyen berkenaan disempurnakan oleh Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Jelasnya, ini kerana maklumat berkenaan perkara ghaib begitu juga cara beribadah kepada ALLAH SWT itu hanya boleh didapati melalui nas yang merupakan ajaran langsung dari ALLAH SWT dan itu merupakan asas kekuatan yang wujud dalam agama ini.

“Tidak ada satu amalan ibadat di luar agama ini boleh dimasukkan dalam akidah Islam malah kita disuruh untuk berbeza dengan semua agama dan hanya ikut apa yang ditetapkan oleh Rasulullah SWT.

Mohamad Syafiq berkata, Syeikh Dr Yusuf turut menekankan tentang kesahihan dalam mentakrifkan isu berkenaan dengan iman dan tauhid.

“Kita tahu ada di antara manusia yang tidak mementingkan akidah, ada orang bila berjihad, jihadnya tertumpu kepada ekonomi, pendidikan dan sebagainya namun asasnya jihad tersebut mestilah bertunjangkan akidah.

“Apabila membicarakan tentang akidah, iman atau tauhid, sebahagian daripada pendakwah mengambil takrifan iman sebagai satu pegangan iaitu akidah ertinya cukup mengenal ALLAH.

“Syarat utama untuk sah iman yang ditegas oleh Syeikh Dr Yusuf hendaklah kalau seseorang itu ikrar di dalam hati kemudian mengucapkan dua kalimah syahadah kita hukumkan dia sebagai seorang yang beriman, jika dia meninggal kita sempurnakan jenazahnya sebagai orang Islam,” katanya.