Op Samseng Jalanan: 50 motosikal disita, 144 saman dikeluarkan

Sebanyak 144 saman dikeluarkan ke atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Bersepadu Samseng Jalanan yang dijalankan pada awal pagi Ahad. Gambar kecil: Kamarul
Sebanyak 144 saman dikeluarkan ke atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Bersepadu Samseng Jalanan yang dijalankan pada awal pagi Ahad. Gambar kecil: Kamarul
A
A
A

BAYAN LEPAS - Sebanyak 50 buah motosikal disita dalam Operasi Bersepadu Samseng Jalanan yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Barat Daya bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang pada awal pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, operasi bermula jam 2 hingga 5 pagi itu dijalankan di kawasan Seagate, Lebuhraya Dr Lim Chong Eu di sini.

Menurutnya, daripada 50 buah motosikal tersebut, sebuah motosikal disiasat mengikut Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memalsukan nombor pendaftaran.

"Motosikal disita yang lain disiasat mengikut Seksyen Seksyen 64(1) APJ 1987. Sebanyak 144 saman telah dikeluarkan kerana pelbagai kesalahan lain.

"Operasi ini melibatkan dua pegawai dan 18 anggota polis serta seorang pegawai dan 14 anggota JPJ," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Sebahagian daripada 50 motosikal yang disita kerana pelbagai kesalahan.
Sebahagian daripada 50 motosikal yang disita kerana pelbagai kesalahan.

Kamarul berkata, selain membendung samseng jalanan, operasi itu juga bertujuan memastikan penunggang motosikal sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas sedia ada.

"Operasi ini juga untuk memastikan semua penunggang motosikal mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Artikel Berkaitan:

"Operasi ini akan diteruskan dari masa ke semasa bagi mencegah aktiviti samseng jalanan yang sering mengganggu ketenteraman awam," katanya lagi.