Guna kereta sewa pergi menyamun

Perodua Alza yang digunakan suspek untuk melakukan kegiatan samun di sebuah rumah di Simpang Renggam.
Perodua Alza yang digunakan suspek untuk melakukan kegiatan samun di sebuah rumah di Simpang Renggam.
A
A
A

KLUANG - Sewa kenderaan pelbagai guna (MPV) bagi aktiviti menyamun menjadi modus operandi empat lelaki berusia 22 hingga 49 tahun sebelum kegiatan mereka akhirnya berjaya dihidu pihak polis.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, polis menerima laporan kejadian samun di sebuah rumah di Taman Puteri Emas, Simpang Renggam kira-kira jam 8.30 pagi pada Khamis.

"Pemilik rumah bersama rakannya berusia lingkungan 40 tahun berada di dalam rumah ketika kejadian samun berlaku.

"Mangsa tidak dapat melakukan apa-apa dan menyerahkan pelbagai barangan diminta suspek.

"Mangsa mengalami kerugian kira-kira RM82,000 apabila suspek melarikan wang tunai berjumlah RM1,000, empat telefon bimbit pelbagai jenama, sekeping kad pengenalan mangsa dan sebuah kereta Produa Aruz," katanya melalui kenyataan pada Sabtu.

Menurut Bahrin lagi, susulan daripada laporan itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, Iskandar Puteri dan Balai Polis Simpang Renggam melancarkan siasatan sebelum berjaya mengesan kedudukan suspek.

Barang yang dirampas dari empat suspek yang melakukan kegiatan samun di sebuah rumah di Simpang Renggam.
Barang yang dirampas dari empat suspek yang melakukan kegiatan samun di sebuah rumah di Simpang Renggam.

Ujarnya, bertindak atas maklumat, satu serbuan dilakukan di sebuah rumah di Taman Mutiara Rini di Skudai pada Khamis dan berjaya menahan semua suspek hanya kira-kira 12 jam selepas melakukan samun.

Artikel Berkaitan:

"Semua barang-barang yang dilaporkan di samun berjaya dirampas semula termasuk kereta Produa Alza yang disewa oleh salah seorang suspek.

"Semua suspek kemudiannya dikenakan tahanan reman selama enam hari bermula Jumaat dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat," ujarnya.