LICB cadang jual saham

LION Industries Corporation Bhd
LION Industries Corporation Bhd
A
A
A
LION Industries Corporation Bhd (LICB) bercadang jual keseluruhan saham dalam Angkasa Amsteel Pte Ltd (AAPL) kepada syarikat Korea Selatan yang disenaraikan, Daehan Steel Co Ltd, pada pertimbangan tunai S$26.65 juta bersamaan kira-kira RM80.90 juta.

Ini merangkumi 11.52 juta saham biasa mewakili kira-kira 50 peratus modal saham AAPL, syarikat yang diperbadankan di Singapura.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, LICB berkata, hasil jualan itu akan digunakan untuk cadangan pelaburan dan keperluan modal kerja kumpulan berkenaan.
Artikel Berkaitan: