'Pakai kereta mewah tapi liat bayar pinjaman Mara' - Asyraf Wajdi

Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki hairan apabila ada peminjam institusi itu merayu agar tidak dikenakan tindakan undang-undang kerana tidak membayar pinjaman pendidikan sedangkan mampu berkereta mewah.

Dalam satu perkongsian di Facebook, Asyraf Wajdi berkata, sikap peminjam yang liat membayar hutang tidak sepatutnya berlaku kerana mempunyai kemampuan.

“Dr (Asyraf), saya nak mohon pertimbangan untuk membantu lepaskan tindakan mahkamah Mara. Insya-ALLAH bayaran balik pinjaman pelajaran yang tertunggak akan dilangsaikan selepas ini.

Demikianlah sebahagian daripada mesej yang diterima daripada seorang hamba ALLAH.

“Bila saya lihat di Facebooknya, nampak kehidupan agak bergaya, mewah dan mempunyai kenderaan jenis Mercedes. Tapi nak bayar balik pinjaman pelajaran liat,” katanya.

Tegas Asyraf Wajdi, setiap orang perlu mengetahui kepentingan ilmu dalam pengurusan kewangan peribadi termasuk memahami keutamaan dalam perbelanjaan supaya tidak membebankan diri di kemudian hari.

Jelasnya, tidak salah hidup mewah tetapi hutang wajar dilangsaikan terlebih dahulu jika mahu kehidupan teratur dan dirahmati.

“Harus sentiasa beringat bahawa prinsip utama dalam pengurusan kewangan menurut perspektif Islam adalah melangsaikan hutang berbanding berbelanja mewah.

“Nabi juga memperingatkan bahawa dosa orang mati syahid diampunkan ALLAH kecuali hutang,” katanya.

Artikel Berkaitan: