[VIDEO] Bapa tiga anak terlepas hukuman mati edar dadah

A
A
A

SEREMBAN - Bapa kepada tiga anak terlepas hukuman mati selepas Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu melepaskan dan membebaskannya daripada pertuduhan mengedar dadah tiga tahun lalu.

Hakim Datin Rohani Ismail membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh Mohammad Hafizuddin Mohammad, 31, di akhir kes pendakwaan.

Mohammad Hafizuddin (dua dari kiri) bersama pasukan peguamnya
Mohammad Hafizuddin (dua dari kiri) bersama pasukan peguamnya

Mohammad Hafizuddin yang sebelum ditahan merupakan 'beach boy' didakwa atas dua pertuduhan pindaan iaitu mengedar bahan disyaki dadah berbahaya iaitu Methamphetamin seberat 51,895 gram dan 3,4 methylenedioxymethamphetamine (MDMA) seberat 13,794 gram.

Mohammad Hafizuddin memeluk peguamnya, Mohd Redzuan
Mohammad Hafizuddin memeluk peguamnya, Mohd Redzuan

Kesalahan itu dilakukan pada 14 Mei 2020 jam lebih kurang jam 7 pagi di tepi pantai berhampiran Marina Bay, Batu 6, Jalan Pantai, Teluk Kemang di Port Dickson.

Berikutan itu tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen39B(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama.

Artikel Berkaitan:

Seramai tujuh saksi dipanggil sepanjang prosiding perbicaraan yang bermula pada 20 Mac lalu.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ala'udin Baharom manakala tertuduh diwakili Peguam Mohd Redzuan Mohamed Yusoff.

Mohammad Hafizuddin meluahkan rasa syukur dan gembira atas keputusan mahkamah melepaskan dan membebaskannya daripada pertuduhan mengedar dadah tiga tahun lalu.
Mohammad Hafizuddin meluahkan rasa syukur dan gembira atas keputusan mahkamah melepaskan dan membebaskannya daripada pertuduhan mengedar dadah tiga tahun lalu.

Sementara itu, Mohammad Hafizuddin ditemui di luar kamar mahkamah meluahkan rasa syukur dan gembira atas keputusan mahkamah berkenaan.

Katanya, isterinya berdepan saat sukar sepanjang dia ditahan di penjara kerana perlu menanggung tiga anak yang masih kecil secara bersendirian.